09/10/2012

Be Mine! 21




  
Tetiba dgr lagu ni kat suria fm, inche idea datang..apa lagi terus bukak lapptop taip dis bab ..hehe itu klu time idea dtg xsempat meyempat tapi time xde huhu puas diperah..puas pusing cri mood nak taip, bila taip separuh delete semua..xmenjadi..so skrg inche idea byk la membantu..Trimasss kpd yang sudi membaca..enjoy it!!!

_________________________________bab 21__________________________


TR masih lagi berdiri depan swimming pool. Direnung air yang tenang itu pandangan  tajamnya mampu menebusi sehingga kedasar swimming pool itu. Namun yang Nampak hanya Zara. Zara masih belum pulang. Itu yang bermain dimindanya.

Gadis itu membuat dia fikir banyak. Lebih dari hidupnya. Dia teringat pesan uncle Fauzi sewaktu mereka sampai di Villa. Dia dan uncle naik ke tingkat tiga rumah itu. dipesan kepada Mak Leha untuk hantar minuman sahaja. Uncle fauzi mengambil tempat disofa.

Dia berdiri dibalkoni sambil memandang pemandangan yang menhijau dan menghirup udara segar. Dipandang ke langit siang. Tiada bintang!

“Sebab perempuan tu ker?” soal uncle sudah dijangkanya bila uncle mahu discussion dengannya.

“Hurmm…”

“Siapa? Terus terang dengan uncle. Uncle akan cuba bantu FAel” pandangan fauzi dihala ke arah  anak muda itu yang sedang leka memandang langit.

“Apa yang boleh uncle cuba bantu FAel? Ini soal hati Fael” ujar TR lemah. Dia sebenarnya seorang insane yang lemah. Lemah dengan cinta. Mungkin sebelum ini hidupnya kosong bila cinta itu datang dia bagai orang yang hilang arah. Dia hanya mahu cinta itu.

“FAel..fael baru seventeen okay, belajar dulu. Kalau sukakan sangat gadis itu bukan macam ni”

“luqman tu pencabar utama”

“Bukan begini Fael. Belajar sampai Berjaya dan kemudian dapatkan cinta itu. kalau fael betul ikhlas sukakan dia pasti ia milik Fael” wajah uncle Fauzi dipandangannya mengharapkan kepastian dari kata-kata uncle Fauzi itu.

“Gadis itu belum tahu lagi?”soal fauzi bila wajah TR masih bergayut pada pandangannya.
TR mengeleng. Anak muda itu melepaskan keluhan “ Dia masih samar-samar lagi dalam soal hati”

“Macam ni la FAel, biar uncle handle hal ni. Fael belajar lagipun nak exam spm kan?” TR mengangguk

“Cuma..Fael bagi tahu uncle apa perancangan Fael untuk masa akan datang ni dengan gadis tu” Fauzi bangun  lalu dipeluk bahu anak muda itu. cuba memberi semangat. Fael perlukan dia.

“Fael rancang nak continue study dengan dia di UK, tapi Fael belum usul lagi pada aunty.”

“After that..?” dia masih setia mendengar pendapat Fael. Dia akan sokong apa yang Fael ingin buat dan rancangkan jika masih tidak melanggar adat manusia.

“Dalam tempoh belajar tu, Fael nak bertunang dan kahwin dengan dia macam mummy and daddy buat. Sambil belajar, bercinta, berkahwin dan beranak” mengekek ketawa Fauzi. TR turut ketawa tetapi mukanya dah blushing giler. Malu pada uncle bila usul proposalnya.

“Wah..wah..ni dah kalah uncle Nampak?” dia sudah tergelak besar. FAel ada cita-cita. Betul kata Sara. Fael macam daddynya. Punya semangat yang tinggi. Azam dan keyakinan.

“Boleh uncle tahu siapa gadis itu? Natasya ke?” Fauzi cuba menduga. Mana tahu Natasya ‘someone’ yang  di maksudkan Fael.

“Dia orang salah…Fael tak patut jatuh cinta padanya. Jatuh cinta pada orang yang salah.” Orang salah? Janda ke?isteri orang ke? orang gila ke? Fauzi tak faham apa yang dimaksudkan fael.

“Orang salah? Kenapa pulak?”

“Orang yang tak patut dan berhak untuk cinta fael. Dia bukan taste Fael pada mulanya” Tr tersenyum sinis. Zara bukan pilihan utamanya. Namun gadis itu Berjaya mencuri hatinya. Kejamnya Kau Zara!!!

“Sejak bila fael pandai main soal hati ni? cakap pun macam mat romeo ni? sampai uncle pening kepala tak faham apa yang cuba dikatakan Fael?”

“Dia Zara aulia…anak sedara Mak leha,pembantu rumah ni”

**********************************
Selepas Luqman sedar dan boleh bangun berjalan. Dia mintak diri beredar dari poliklinik sekolah itu. Luqman hanya cedera ringan. Itu kata doctor yang merawatnya. Syukur Alhamdulillah..Luqman tak cedera teruk.

Dia sudah merayu kepada Luqman untuk maafkan TR walaupun TR sendiri tidak datang meminta maaf pada Luqman. Mama luqman mahu pihak sekolah  ambil tindakan pada TR namun dia merayu pada Luqman agar menyuruh mama Luqman membatalkan hasrat itu.

“Kenapa awak nak sangat saya maafkan TR? tarik balik dakwaan?”Zara telan liur. Waktu itu hanya dia dan luqman dibilik sakit klinik itu. mama luqman pergi ambil ubat di kaunter luar sambil berbual dengan doctor yang merawat Luqman.

“Sebab kita kawan Luqman..saya kawan awak, kawan TR. kita harus selesaikan persengketaan ni”

“Awak tahu saya dah kalah. Awak tahu apa syarat perjanjian jika saya kalah?”Zara diam. Renungan Luqman tajam menikam anak matanya. Tangan ketua pengawas itu cuba memengang tangannya namun ditarik lembut.

“Saya tak boleh rapat dengan awak. Saya akan kehilangan awak. Awak tahukan betapa pentingnya awak 
dalam hidup saya?” ngaaa…Luqman dah spesis TR. ini dah masuk soal hati ke?

“Saya sayang awak Zara. Saya suka awak”jantungnya dah gugur. Mana nak cari…darahnya sudah laju menjalar keseluruh tubuhnya. Dia telan liur tapi tak lepas.

“Luqman kita masih sekolah. Umur pun tak cukup lagi nak mengundi. Bak kata orang tua budak bawah umur, baru setahun jagung. Mana boleh kita bercinta” dia cuba cover diri.
Luqman suka dia? Biar betul? Nak jek dia tampar muka bagi sedar ini mimpi atau reality? Dia cuba cubit pehanya. Sakit!!! Real la..

“Saya tahu!  Cuma saya suka awak bukan nak bercinta tapi saya nak awak tahu perasaan saya”

“Baikla..saya boleh terima perasaan awak. Tapi kalau awak nak perasaan saya nanti dulu saya belum bersedia”

Luqman tersenyum. Puas hati dengan jawapannya. Dia tahu luqman bukan jenis memaksa. Luqman bukan TR.

“Luqman bolehkan awak terima maaf dari saya wakil TR” Luqman tersenyum mengangguk.
Namun senyuman itu tak lama bila Kaizura dan Mama Luqman masuk ke bilik. Kaizura mengambil tempat disisi Luqman.

Zara menelefon anak Pak salleh yang sulong, Kak Yong yang bekerja sebagai kerani sekolah rendah. Dia malas mahu menyusahkan Pak Aziz . pasti TR pun tak setuju. Pak Aziz hanya berkhidmat untuk lelaki itu saja.

“Lama Kak Yong tak jumpa Zara” sapa kak yong bila dia masuk ke perut  kereta kancil milik Kak Yong.

“Zara pun. Sibuk study kak yong nak final exam nanti.”

“Puasa ni datang la berbuka dirumah dengan Mak leha ye..” ye..lagi seminggu umat islam akan menyambut bulan yang penuh barakah itu.

“Terima kasih Kak yong sudi ambil Zara kat sekolah”

“Alah..satu jalan kan..” dia tersenyum. Kak yong sudah bertunang, cuti sekolah akhir tahun ni kak yong akan melangsungkan perkahwinannya. Pak Salleh ada  dua orang ank perempuan. Kak Yong dan adik. Adik atau Suria belajar kat kuantan, Pahang. Kak Yong atau nama sebenar Salina ni je yang teman kan pak salleh dan isteri.
********************************
 
Tr masih teringat bagaimana Zara datang menerpa kearah luqman tanpa mempedulikannya. Seolah-olah dia tidak wujud disitu. Di wajah gadis itu resah dan cemas dengan keadaan luqman. Walaupun orang ramai datang menyerbunya dan mengangkat tubuhnya menjulang juara. Dia tak rasa dirinya juara. Loser…

Tiada senyuman kebanggaannya. Seperti selalu dia diangkat bila game yang dimainnya menang dipihaknya. Dia rasa kehilangan. Zara membunuh rasa itu dengan sikap tidak ambil tahu perihalnya disitu. Yang dia dengar gadis itu memanggil Luqman. Gadis itu berlari mendapatkan guard untuk menghantar Luqman ke Poliklinik Sekolah itu.

Bagaimana dia ingin teruskan jika hatinya rasa sakit. Uncle mahu dia simpan dulu perasaanya. Dia cuba selagi terdaya.

“Dia zara Aulia..anak sedara Mak leha, pembantu rumah ni” ujarnya tenang. Nama itu sentiasa menenang jiwanya. UncleFauzi memandanganya dengan pandangan terkejut dengan jwapannya.

“Zara?”

“Dia orang yang salah uncle..”

“Tak salah Fael..perasaan itu betul. Fael saja menidakkan menyalahkan orang yang berjaya mencuri hati Fael” uncle Fauzi ketawa.

“Nasib baik uncle ada keje kat area ni. kejap je uncle datang urus hal Fael ni.”

“uncle kan pari-pari Fael”

Hahahaaaa… “yelah tu pari-pari selalu perempuan uncle ni lelaki”

“habis tu para-para?” ketawa mereka terburai..

“Mujur aunty ada kat Dubai uruskan hotel di sana sempena makanan halal.”

“kalau aunty ada pun di Malaysia, fael tetap call uncle.”

Dipeluk bahu anak muda itu. fael perlu semangat. Fauzi perlu menyakinkan Maisara untuk cinta fael. Bukan Natasya tetapi Zara. Maisara bukan mudah untuk terima gadis yang sudah menjadi pilihan bertukar .

“Tengkuu….” Lamunannya bersama uncle fauzi terbang menghilang dari mindanya.

“Zara…kenapa lewat pulang?” soalnya bila gadis itu menyapanya lembut. Hatinya berbunga kembali. Bintang hatinya bercahaya..

“Acik kata tengku tak makan lagi. Tunggu saya ke? ” Tr mengangguk . senyuman gadis itu mencairkan kemarahanya pada Luqman.

Zara membiar soalan TR tiada jawapan darinya. Kalau dibertahupun Tr akan terasa yang dia menemani Luqman di klinik tadi.

“Jom…Tengku mesti lapar kan?” sebaik saja dia pulang acik terus meluru kearahnya. Kata acik TR bergaduh teruk di sekolah. Berita itu harus menjadi rahsia Tengku Maisara tidak perlu tahu. Dan pihak sekolah menelefon mengatakan TR bebas dari hukuman. Tr tidak digantung sekolah.

Luqman memang pegang janjinya. Acik beritahu Tr tak berselera makan. Kata acik TR mahu makan bubur yang dia masak. Sebab itu selepas uruskan dirinya salin pakaian sekolah, mandi, solat dan kemudian barulah  dia memasak bubur untuk ‘putera raja’ itu.

“Saya buatkan bubur nasi untuk Tengku” ditampal senyuman indah untuk lelaki itu. sungguh dia ikhlas untuk lelaki itu walaupun lelaki itu yang bersalah. Kenapa dia masih melayan TR dengan baik?

“Bubur nasi kasih sayang” ngeeeeee….senyuman indah iklan colgate terserlah di wajah kacak itu.

“tengku suka ke?”

“Hurmm…kalau boleh aku nak kau masak kat aku sampai tua” wah…ayat menghukum ni. balas dendam sebab berpihak kepada Luqman. Dia tahu TR bengis bila melihat dia tidak menghirau lelaki itu di gelangang sekolah.  Tr tak cedera yang cedera Luqman memang patut dia risaukan ketua pengawas itu.

Tr melabuh punggungnya ke kerusi di meja makan. Bubur nasi ‘buatan’ zara yang berasap lagi itu disudunya. Kemudian disuap perlahan-lahan masuk ke mulutnya. Sedap!

Sebaik saja bubur itu ditelanya dengan penuh nikmatnya. Dia memandang Zara yang duduk dikirinya sambil memandangnya.

“aku suka kau pandang aku” ujarnya sambil tersenyum.

“Tengku…boleh saya tanya beberapa soalan?” Zara minta permission. TR berhenti menyuap. Dikalih kea rah Zara.

“tanya la..kau dan aku tiada sempadan..” Hushhh…TR pun suka merapu macam Luqman. Entah-entah..TR pun suka dia macam luqman.

“kenapa tengku ajak fight dengan Luqman? Lepas tu buat perjanjian jika Luqman kalah dia tak boleh rapat dengan saya? Tengku ada perasaan ke kat saya?” TR tersentap. Jantung berdegup kencang. Zara sudah tahu ke soal hatinya? Kata uncle Fauzi. Soal hatinya harus dirahsiakan dulu.

“HUrmm..bodoh lah soalan kau ni” diketuk kepala gadis itu dengan sudu.

“Auucchh..sakit la Tengku, orang dah banyak study nanti keluar habis”digosok tempat yang sakit itu. teruk betui  TR ni. tadi dia dah touching dengan ayat-ayat TR sekarang dia bagai terhukum dengan perasaanya. Perasan TR suka kan dia! Wallaaaaa….

“Yelah..ada aku cakap aku suka kau? Weh…Natasya tu aku nak lempar mana? Kalaupun aku putus dengan Natasya banyak lagi awek-awek yang bagus dari kau..” Zara mencebik. Eeeaaa…malunya.

“Sajer jek..Kaizura dengan Natasya beritahu Tengku and luqman ada hati kat saya sebab korang berdua fight” terburai ketawa TR…merah wajah tengkujuh itu gelakkannya

Hahahaaaaa…. “Suka jadi maid aku ade la…saje je aku nak fight dengan luqman sebab dah lama aku tak puas hati dengan dia alas an dalam perjanjian itu hanya sekadar syarat je..takde maknanya pun”

Mahu je disepak  TR jatuh kerusi waktu itu. Huaaawwaahhhh…malunya. Kan dah cakap TR tu mana ada lebih-lebih nak ada perasaan kat aku. Kes naya jek serah jiwa kat tengkujuh ni…

TR ketawa..namun matanya melirik kea rah wajah keruh itu. tafsiran kau itu benar Zara..aku terpaksa menafikan dulu.. Maafkan aku Zara

Digosok kepala dilitupi selendang itu. “ jangan marah..bubur kau sedap la”

Chaiiittt….Zara mengetap bibir.

08/10/2012

Be Mine! 20






salam...sorry lambat update citer bab 20, FN sibuk study sikit. final exam..hehe kena buat yang terbaik nanti. mggu study week sekarang. papun FN tengah study tetiba inche idea datang tak bagi salam terus terjah nak continue dis story,,hehe..and korang punya support pun wat FN teruja nak taip citer ni. papun enjoy it. sajer jek upload lagu ni...sodap dengar sambil taip  citer ni...ngeee ( tersengih) kimchiiiiiii
________________________________________________________________
 
Bab 20
Zara berjalan keluar dari tandas.  Dipegang bibir atas yang sudah surut bengkaknya. Bahana ‘ciuman’ Inche nyamuk dah hilang. Zara senyum.

Dia sudah memberitahu pada TR yang dia mahu ke tandas  sebelum pulang. TR menyuruh dia pulang dulu, lelaki itu akan telefon Pak aziz datang mengambilnya kemudian.Kata Tr mahu ke library. Semakin study hard Nampak gayanya TR sekarang.

Zara tersenyum sendirian. Dia berjalan perlahan sambil memengang tali beg sekolah yang digalas dibahunya.

“Zara!!!” suara itu menjerit memanggilnya. Dikalih kearah suara itu. Kaizura dan Natasya datang menghampirinya. Haila..apa bala pulak bakal menimpanya. Dua barbies doll, satu made mexico satu made british berdiri  didepannya.

“Apa kau dah buat dengan TR dan Luqman, hah?” bahunya ditolak kasar oleh Kaizura. Natasya tersenyum sinis. Ada teman sokongan. Mana ‘aci’ dua lawan satu. Dah tentu satu ni yang kalah.

“Apa yang saya dah buat?” soalnya hairan. Yelah..apa yang dia sudah buat dengan dua lelaki itu.

“Yarrkkk..teruk la kau ni”tengking Kaizura tak puas hati. “Betul kata kau tasya perempuan ni memang pandai berlakon.”

“Apa yang tak kena dengan korang berdua ni? saya ada buat silap ke?”

“Memang ada! Kau rampas TR tasya dan  Luqman aku. Dan sekarang lelaki yang butakan mata  tulikan telinga kerana cinta  kau tu fight kat gelangan basketball” Kaizura menjegil matanya. Zara telan liur.

Bila aku rampas TR dan luqman? TR bergaduh dengan Luqman? Kenpa? Apa yang tak kena? TR tak suka aku berkawan dengan Luqman ke?  atau TR buat kes Luqman denda kemudian TR bengang lepas tu ajak fight. Tak kan nak fight sebab aku?

“Wei..budussssssss” dahinya ditunjal Kaizura. Natasya hanya melihat Kaizura melepas geram. Kalau ikut hatinya mau dia join sekali ganyang perempuan tak sedar diri itu. namun bila teringat ugutan TR jika dia apa-apakan Zara, nahas dia dengan TR. biar Kaizura seorang saja yang ganyang perempuan itu.

“Tolong hormat sikit kepala saya”dimaniskan mukanya. Dia masih boleh bersabar lagi.

“Saya tak pernah rampas ‘pakwe’ korang. TR majikan saya, dan Luqman rakan sekelas saya. Tak lebih dari itu. saya mintak diri dulu”

“Nanti dulu…kau perlu bertangungjawab dengan apa terjadi antara TR dan Luqman”
Dipandang wajah Natasya. “Kenapa pulak?”

“Diaorang fight sebab kau. Kalau Luqman kalah dia kena jauhkan diri dari kau dan kalau TR kalah begitu juga sebaliknya.”

“Baguslah..sekurangnya korang puas hati TR atau Luqman dah tak close dengan saya” ujarnya sambil melirik memandang muka bengang dua barbies doll itu.

“Kau memang perempuan jahat! tak sedar diri! Kau suka ler diorang bergaduh sebab kau. Wah..wah..bangganya dia..kau kena bertangungjawab jika TR atau luqman cedera”

“Habis tu? Apa yang perlu saya buat” soalnya seperti orang bodoh. Apa yang perlu dia lakukan. Dia tak sangka Tr akan bergaduh dengan Luqman. Tak mugkin mereka bergaduh disebabkanya

“Eee..yarkkk..geramnya aku. Jom ikut kita orang pergi kesana sekarang” pantas Kaizura merentap kasar tangannya. Kasar jugak barbies doll ni.

Sebaik sahaja mereka sampai di gelangan basketball, sudah ada penyokong yang bersorak kea rah TR dan Luqman. Zara terkejut melihat TR semakin rancak ‘membelasah’ Luqman yang cuba merampas bola keranjang itu. dilihat ramai yang datang melihat kebanyakkan peminat TR. dah tentu ramai yang sokong TR dan bersorak untuk lelaki itu. luqman? Haila..hatinya dipagut simpati.

“Habislahh..luqman kali ni, TR tu jaguh basketball. Dia la ‘Slam Dunk Malaysia’.” Ada suara sumbang yang cuba mempertaruhkan nasib Luqman.

“Teruk Luqman kena” hahaha…ketawa salah seorang peminat TR. ceh!! Sorang pun tak sokong Luqman.

“Nah..aku bagi chance kau shoot pulak” TR tersenyum lebar. Bola keranjang yang dibaling TR betul-betul kena muka luqman kerana tidak sempat mengelak.

Luqman terlentang kebelakang. Darah dihidung mula mengalir. Kepalanya terasa berputar. Tadi teruk dia kena ‘belasah’ dengan TR bila dia mahu merampas bola. TR seolah sengaja menyikunya dan menolaknya. Dia bukan jaguh dalam permainan itu. dia hanya tahu lompat tinggi.

Dia cuba bangun. Kepalanya terasa berat. Pandangannya gelap! “Luqman!!!!”

Dia dengar suara itu memanggilnya. Dia masih lagi kenal suara itu. Zara Aulia…..
************************************
Puan Nor Indah masih lagi memandang wajah Tengku rafael. Anak muda itu buat perangai lagi. TR hebat dari pelajaran dan sukan. TR juga anak sedara Tengku Maisara, orang kuat belakang tabir sekolah itu. YDP PIBG! Cakap saja mahu sumbangan apa pasti diberi Tengku Maisara tanpa banyak soal. Sponsor untuk annual dinner akhir tahun sekolah nanti pun tengku maisra sudah sediakan. Apa yang perlu dia buat? Denda? Gantung sekolah?

Puan Nor Indah serba salah. Mahu dirujuk pada Encik Raof , pengetua sekolah. Pasti awal-awal lagi encik raof tutup mulut. Buat tak tahu. Kes TR terpaksa jadi berat sebelah.

“Saya dah call uncle fauzi awak” TR menyilang tangannya memeluk tubuh. Dia menyandang tubuhnya. Dia menyuruh Puan Nor Indah menelefon uncle Fauzi. Biar hal ini uncle yang settle. Dia tak mahu aunty Sara tahu. Hal ini membabitkan soal hatinyanya. Soal cintanya pada Zara.

Beberapa minit kemudian Fauzi datang menyerbu pejabat guru kanan itu. “Fael? Are you okay?”
Tubuh TR dibeleknya. Risau jika anak muda itu cedera. Fael sebahagian hidup Sara. Jika sara jadi risau apa-apa yang menimpa Fael dia pun sebaliknya.

“I’m okay..thanks uncle for your concern” Tr bangun dari kerusi. Fauzi melihat baju kemeja sekolah tersarung ditubuh TR kotor. Namun dia lega melihat tiada cedera parah pada tubuh TR.

“I’m sorry. Saya Muhamad Fauzi, uncle Tengku Rafael. Ada apa-apa ke Puan yang perlu saya tahu dan bantu?”

“Begini Encik fauzi, Tengku Rafael dilaporkan  bergaduh dengan ketua pengawas. Saya dapat maklumat, mereka bergaduh di gelangang baskerball. Ini menjadi satu kesalahan kerana mencederakan ketua pengawas. Pihak sekolah terpaksa mengambil tindakan”

Fauzi memandang TR yang menjuling mata ke atas. Apa yang cuba Fael lakukan ni? sebab perempuan ke? atau melepaskan tension?

“Apa tindakan pihak sekolah?”

“kami akan denda atau gantung persekolahan jika keluarga mangsa mahu mendakwa Tengku Rafael ”

“Tak boleh ke minta maaf dari pihak saya untuk keluarga mangsa dan bayar ganti rugi?”

“Tak payah uncle..Fael tak akan mintak maaf. Bukan salah Fael. Kita orang Cuma main. Adat permaianan la ada kalah dan menang. So buat apa nak sampai gantung sekolah. Luqman sendiri setuju untuk fight dengan saya dalam game ni puan”

“Fael…this is not game site okay. Fael dah mencederakan orang. Ketua pengawas pulak tu” fauzi cuba untuk merendahkan diri anak muda itu. Fael..seorang yang tinggi diri. Susah anak muda itu untuk mintak maaf.

“Uncle..dia nak fight dengan Fael. Kalau dia cedera bukan salah fael. Ini adat permainan”

“fael..bukan susah untuk mintak maaf okay, forgiveness is not something we do for other people. We do it for ourselves to get well and move on.”  Entah mana dia sempat kutip muatiara kata itu. but...betul jugak kata itu untuk memujuk hari Fael.

“But..I can’t..”
***************************************
Zara masih lagi menunggu lelaki itu sedar. Dia jadi resah melihat wajah Luqman yang bengkak dan lebam. Teruk jugak penangan TR. Apa la khilaf luqman Sehingga TR sanggup buat begini.?

“Zara...” Zara memandang wajah itu, ada senyuman ikhlas dibibir yang kebiruan, lebam kena ‘ taro’ dengan TR.

“Luqman..awak okay? Sakit?” soalnya risau. Luqman memengang tangannya yang memengan lengan baju lelaki itu.

“Saya okay, hilang semua sakit saya bila sedar je awak ada depan mata” ada ke ayat penyedap itu keluar dari mulut luqman bila sedar dari pengsan. Kalau dengar dek kaizura dia pulak yang terlantar kat hospital ni kena ‘taro’ dengan si barbies doll spesis si Tasya.

“Luq...luq tak apa-apa sayang?” tiba-tiba ada wanita sebaya acik datang meluru kearah luqman yang terbaring lemah itu. cepat-cepat Zara mengundur diri kebelakang memberi ruang untuk wanita itu.

“Abang okay mama...” Luqman ketawa bila wanita yang dipanggil mama itu memeluknya. “aauuoochh..sakit mama”

“Sakit ye..sorry mama peluk kuat. Hushh..kamu ni suka sangat biar orang buli kamu” marah mama. Dipaling ke arah Zara yang duduk diam tanpa kata.

“Sapa ni?” senyuman Luqman meleret.

“Ini la Zara aulia ma..kawan abang kat sekolah. Dia pandai melukis dari abang, projek seni kita orang menang sebab Zara la”

“Mana ada” kebas pipinya bila dipuji Luqman depan wanita itu.

“Zara?” soal Latifah, kening terangkat sambil tersenyum memnadang wajah lembut anak gadis yang sering jadi bualan ringan anak lelakinya bila dirumah.

“Saya Zara Aulia, aunty” dia tunduk menyalami tangan wanita itu

“Saya mama Luqman, Latifah. Panggil je mama tak usah panggil aunty.” Wanita mengelar diri mama itu mengurut belakangnya lembut.

Patut muka pun nak iras-iras latifah Omar, nama pun Latifah.. cantik mama si Luqman ni ada tahi lalat sebijik dengan Latifah Omar tepi bibir.
                                                         

Dia gembira mama Luqman baik orangnya. Peramah dan mesra menerimanya. Macam calon menantu pulak. 
Dia telan liur.

Lama berbual dengan mama Luqman. Baru dia tahu kenapa Luqman tak suka bercerita tentang familynya kalaupun lelaki itu ingin bercerita hanya mamanya. Rupa-rupanya luqman anak isteri kedua.

Dia anak tunggal. Kalau diikut dengan mamanya. Tetapi kalau dengan anak isteri tua Luqman ada dua orang abang dan seorang kakak.

Luqman tipu selama ni ayahnya seorang pensyarah. Mamanya seorang saja bekerja sebagai pensyarah. Ayah luqman adalah bekas exco. Luqman kiranya anak YB la.. hebat juga luqman patut Kaizura cuba mengejar arjuna itu..

Padan sangat kalau Kaizura tu dengan Luqman. Sorang anak bekas menteri sorang anak bekas exco. Hebat la.. kalau dengan dia, haila...macam langit dengan kerak bumi je. Tak padan langsung..

Itupun Kaizura ingat dia cuba menrampas Luqman. Calon yang sesuai adalah gadis itu. Zara mula rasa inferior ....