23/03/2015

Be Mine! Bab 42



Bab  42

Zara tersedar bila acik mengetuk pintu mengejut mereka untuk bangun solat subuh. Ditenyeh matanya, melihat Tr di sebelahnya sudah tiada. Dia melihat di sebelah katilnya Tr sedang duduk bersimpuh mengakhiri salam usai solat subuh.

“Assalamualaikum…isteri ku” senyuman arjuna beta menyambut pandangannya. “Jangan lupa mandi wajib”
Berderau darah Zara. Pipinya diserbu blusher. Macam aku budak baru akil baligh. Teruk betul Tr ni. “ tahu lah..”

Tr tersenyum melihat zara sudah keluar untuk membersih dirinya. “cepat sikit kita solat berjemaah”

“Bukan abang sudah solat?”

“tadi solat witir” ooo…melopong zara. Tr sekarang spesis imam muda. Bukan lagi lelaki yang Sembilan tahun dahulu. Tr sudah banyak berubah dari yang dia sangka.
Setelah usai solat subuh berjemaah. Zara menanggalkan telekungnya lalu dilipat dua disangkut di palang besi di dinding biliknya itu.

“Basah rambut sayang abang ni” Tr berdiri di belakangnya sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

“Basahlah basuh dengan air bukan dengan batu” tr ketawa.

“Abang jangan kata ini pun abang mengidam nak buat?”Zara sudah berpaling mengadapnya. Jari telunjuk si isteri mengunjuk k arahnya. Rambut Zara yang panjang itu membuat dia ralit mengelus dengan tangannya. Tr mengangguk sambil tersengih macam iklan colgate.

“Dulu abang ingat lagi waktu kali pertama Zara terkantoi dengan abang. Zara terjatuh atas abang, ingat tak?” Zara menunduk. Dia perlahan-lahan sekarang cuba mengingat kenangan lalu.

“…Dan waktu Zara sakit perut pengsan depan abang. Terkejut jugak ingat hantu rambut panjang serabai mana muncul kat villa atuk abang tu” Zara mencucuk pinggang Tr yang tak habis menyakatnya dengan kenangan lalu. Mengekek tr ketawa kegelian.

“Alah..abang pun sama jek, keluar dengan Natasya lepas tu mengarah orang buat itu ini” sebut nama Natasya Tr terdiam dari ketawa.

“Zara..”dipegang kedua bahu isterinya.

“Kenapa abang? Salah Zara sebut nama Natasya ke?”

“Zara mesti banyak terasa dengan abang kan?”dia ingin ceritakan hal sebenar kepada Zara tentang kemalangan dahulu disebabkan Natasya. Dia sudah siasat minta MaxC dan Ljo carikan Kaizura dan Kaizura menceritakan segalanya. Natasya sekarang sudah insaf dan dia kini menetap di Sidney. Mungkin bila tiba masa yang sesuai dia akan ceritakan kepada Zara lagipun Zara baru sahaja cuba mengingat kenangan lalu sedikit demi sedikit. Biarlah kenangan indah dahulu yang diingati sekarang Zara.

“Mana rantai tangan Zara?’ Zara sengaja mengubah tajuk. Dia tidak mahu Tr terus rasa bersalah apa yang dia pernah lakukan dahulu.

“Aaa..baru abang teringat. Ada kat rumah kita” Tr tersenyum. Dia sudah pindahkan semua barangnya ke kondominiumnya di Damansara.  Dia sudah membuat persediaan rapi sebelum melamar Zara tanpa pengetahuan aunty Maisara.

“Si Caramel and fruity pun sedang tunggu kita”Zara mengerut kening, dahinya berombak. Haah..baru dia teringat kucing keturunan brownie.

“Kita kena ambik di rumah Mak yah dulu, lagipun kita kena sapa Mak Yah beritahu kita sudah berkahwin” sambung Tr sambil memeluk pinggang  Zara erat.

“Hurmm..”Zara mengangguk  tersenyum mengecil matanya. Dia membalas pelukan Tr.

++++++++++++++++++++++++++

Nelly pantas keluar dari perut kereta mercedez benz. Dia berlari anak ke arah pintu besar rumah banglo mewah Tengku Maisara. “Aunty Sara…aunty Sara”

Laungan suara Nelly memecah keheningan pagi rumah besar itu. “Aunty Sara!”

Langkah nelly terhenti di tangga ruang utama laman tetamu itu. Tengku Maisara sedang menuruni anak tangga itu sambil memimpin tangan si kecil Mia. “Assalamualaikum..selamat pagi Nelly”

“Waalaikumussalam…morning aunty” di sapa pipi Tengku Maisara “ Morning Mia..” dicuit pipi mulus si kecil itu.

“Kak Nelly..”Mia pantas memeluk gadis di depannya. Tengku Maisara tahu kedatangan Nelly atas sebab yang satu itu. Perkahwinan Tengku Rafael.

“Buk Lijah tolong bawakan Mia pergi sarapan dahulu” Buk Lijah cepat-cepat datang dapatkan Mia dan berlalu ke ruang makan.

“Kita ke ruang rehat..aunty rasa selesa sikit untuk kita berbicara” mereka ke ruang rehat terletak bersebelahan ruang tamu namun agak tertutup sedikit dengan cabinet mewah.

“Aunty Sara tahu kan abang Fael sudah berkahwin?” Tengku Maisara mengangguk tenang.
Nelly melepas geram “Habis aunty Sara nak duduk diam sahaja? Abang Fael jodoh Nelly kenapa aunty Sara biar abang Fael menikah dengan orang lain? jangan harap harta Nenda akan diwarisi keluarga Rashdan”

Ugutan Nelly membuatkan Tengku Maisara mula terasa hati dengan anak sedara sepupunya itu. Bukan main lantang bersuara.

“Baiklah kalau aunty  Sara tak nak terlibat dengan semua ini baik jangan aunty memulakan dahulu. Kalau dulu aunty tak merisik dekat mama, Nelly tak akan terasa sakit  macam ni” raungan Nelly membuatkan Tengku Maisara serba salah.

“Maafkan aunty, bukan maksud aunty nak main-mainkan perasaan Nelly.” Pantas dia memeluk tubuh gadis itu. Nelly seperti anak kecil yang manja minta dibelai selalu.

“No wonder lah..abang Fael batalkan pertunangan dengan Nelly rupanya dia sudah ada someone di sini”serak suara anak gadis itu dalam pelukan Tengku Maisara.

“stop crying.. I will do something” mendengar kata Tengku Maisara tangisan nelly terus berhenti. Senyuman sinis mengukir dibirai bibirnya. Tengku Rafael miliknya. Tengku Maisara perlu buat sesuatu.

+++++++++++++++++++++++++++++

Perjalanan ke Tanah Rata itu membuatkan si isteri kesayangannya terlena ralit di sebelah. Dielus pipi Zara. Diraih pula tangan isterinya lalu dikucup lembut. “ Bintang hati”

Dia teringat kenangan lalu macam mana pertemuan pertama kali dengan Zara. Puas dicari kelibat bayang-bayang gadis di vila atuknya. Baru dia terjumpa dan pertemuan itu membuatkan jantungnya berdegup diluar jangkaannya.  Setiap malamnya Zara menemani membuat homework bersama.  Terkantoi tengok bintang dan belikan rantai tangan untuk Zara.

Dia teringat lagi waktu dia demam, Zara buatkan bubur nasi untuknya. Suapan gadis itu membuatkan dia jatuh kasih. Setiap malam dia mengintip bilik gadis itu terang dengan alunan suara membaca ayat suci al-quran.

Solat terawih bersama dan berpuasa bersama semuanya terasa indah. Dia berharap dia dapat buat bersama Zara sebagai suami isteri yang sah. Lagi keberkatan itu dirasainya.

“Allah sayangkan Tengku sebab itu dia uji Tengku dengan kehilangan mak dan ayah tengku” ayat itu juga menusuk hatinya. Tuhan uji lagi dirinya dengan kehilangan Zara. Dia cuba tidak berputus asa jika gadis itu yang terbaik untuknya.

Deringan iphone5 membuat dia tersedar dari lamunannya. Zara juga turut tersedar dari tidurnya. Pantas Tr menekan button Bluetooth dilekat di telingnya.

“Hello..fael” suara Tengku Maisara menyapa telinganya. Dia tahu auntynya menelefon bila mana tadi dia melihat skrin iphone5 tertera nama Tengku Maisara.

“Assalamualaikum aunty, how’re you today. I miss u so much” hanya rengusan sahaja kedengaran membalas sapaan mesranya “ Why?”

“Why? You ask me ‘why?’” marah tengku Maisara “ Apa yang Fael buat semuanya salah,Now… you’re not okay, you’re getting hurt and that means I’cant hold you back”

“Nope! I’m happy. Evething is okay. Fael sudah jumpa Zara. Aunty yang buat Fael terluka. Sebelum ini pun Fael sudah terluka dan sekarang Fael bukan terluka tetapi Fael bahagia.  Apapun yang terjadi Fael tak harap aunty akan pegang Fael so please give me  freedom.”

“fael tak waras. Fael akan terluka sayang”

“Fael waras aunty.. tolong lepaskan Fael untuk cari kebahagian sendiri”

“How about Nelly?”

“Dia boleh accept semua ni”

“No..Fael, Nelly mahu Fael hentikan semua ni”

“Sanggup ke aunty biar Fael runtuhkan masjid yang baru dibina”
“Fael bukan lagi anak sedara aunty kalau Fael tak balik rumah sampai malam ni”ugut Tengku Maisara.  “ aunty tunggu Fael”

“Please don’t wait for me” pantas Tengku Maisara memutuskan talian. Dia tidak mahu mendengar kata-kata Fael yang membuat hatinya sakit.

Zara memengang tangan Tr. Digengam erat jari jemari Tr cuba memberi semangat. “ Maafkan Zara”

“Bukan salah Zara. Please don’t blame yourself.” Dikucup jari jemari Zara “ listen to me… I want to be with you for only two time…now and forever sayang”

Haila..Tr speaking English pula lepas bercakap dengan Tengku Maisara. Bunyi romantic macam filem ‘omputeh’ seketika.

“Berangan pulak” dahinya dijentik. Ngeee…

“Cakap bahasa ibunda senang” marah Zara. “ tadi aunty Maisara cakap apa?”

“Dia kirim salam rindu.. miss u so muchhhh”  melampau Tr sengaja mebuat muka mulut itik konon nak bagi hilang kerisauannya tentang Tengku Maisara.

“Eeee.. geram. Ikat dengan getah baru tahu” dicekup bibir Tr yang muncung kedepan. Ketawa mereka terburai.

++++++++++++

Zara mengemas barang-barangnya sebaik sahaja sampai di kondo Tr. Melangkah masuk ke kondo itu membuat dia teruja. Barang-barang di dalam rumah itu sudah tersedia. Caramel dan fruity ada anak empat ekor. Dia kesian dengan Mak yah untuk mengambil kucing yang sudah lama hidup dengan Mak Yah. Mak yah memberi seekor anak caramel dan fruity  bernama Butterscotch dan sekarang mereka sudah ada anak angkat bernama butterscotch. Hehehe..

“Tadi Mak Yah macam sedih je kan?” soalnya bila melihat Tr keluar dari bilik air dengan tuala dililit di pinggang suaminya itu. Tr mengambil tuala kecil mengelap rambutnya. Zara ralit memerhati suaminya tanpa sedar Tr perasan pandangannya.

“Zara mengidam juga ke nak lap rambut abang?” nglup!!!...baru dia tersedar dia sekarang Nampak macam perempuan gatal. Ee..malulah.

“Wangikan rambut abang” Tr tersenyum.  Suaminya datang memeluknya tiba-tiba. “Jangan goda abang sekarang okay”

“Ishh..siapa goda siapa sebenarnya?” Zara melerai pelukan Tr.  “orang cerita pasal Mak Yah”

“Mestilah sedih cucu dia kita ambil balik. Tetapi scotch peneman mummynya nanti bila daddy dia sibuk bekerja”

“Orang nak umi dengan walid bukan mummy dengan daddy?”

“Orang..orang..orang, cuba bahasakan diri tu sayang ke?”

“Rasa gelilah..” ketawa Zara.  Tr tanpa rasa segan memakai pakaian di depan isterinya. “Tak sopan cubalah pakai dalam bilik air tu”

“Malulah..gelilah..tak sopan lah semua ada kat orang tu” dipeluk Zara lalu dikucup pipi si isteri. “ suami isteri mana ada istilah tu lainlah kalau pakwe-makwe”

“Hurmm..kitakan baru nak bercinta”

“Sebelum ni bukan bercinta?”

“Sebelum ni rasa cinta sahaja”tangan  Zara memaut leher Tr. dia menjinjat kakinya lalu dikucup bibir Tr.  MAtanya dipejam rapat. Dia malu untuk semua itu namun lelaki itu sudah menjadi suaminya.

Tr teruja. Direnung wajah Zara dengan mata isterinya dipejam rapat. Lalu dieratkan pelukan, ciuman si isterinya dibalas dengan perasaan mengebu.

++++++++++++++++++++++++++

Tengku Maisara menunggu Tr dalam diam. Kali ini dia tidak mahu melibatkan Fauzi. Suaminya ada saja mahu memihak Tr.  Dia tahu Fauzi menyokong sepenuhnya apa yang Tr buat. Fauzilah orang pertama yang tahu hati dan perasaaan Tr pada Zara. Fauzi juga penyebab Tr bertindak diluar jangkaan  Tengku Maisara.

“You tak tidur lagi?”

“I nak baca buku ni” ditunjuk buku baru dibelikan. Alasan!

“Fiction? You kata tak suka jenis fiction, you kata mengarut!”hishh.. banyak songeh pulak suaminya.

“You pergilah tidur”

“Sayang you tak nak urut belakang i?”

“Esok..malam ni I nak habiskan this story okay”

“Okay good night sayang” satu ciuman hinggap dikeningnya. Lega… fauzi sudah masuk ke bilik tidur mereka.  Pantas Tengku Maisara mendail nombor telefon Tr. Namun panggilannya masuk inbox message.

Didail sekali lagi namun jawapan yang sama. Didail lagi sehingga dia putus asa. Tengku Maisara mengetap bibir. Difikirannya sekarang  apa yang perlu dia ambil tindakkan. Tangannya berkali mengengam erat. “Zara Aulia..gadis licik”

“Mak leha tunggu dan lihat apa yang akan berlaku” biarlah dia jadi perempuan jahat atau perempuan sihir sekalipun. Dia takut Fael akan terluka. Zara bukan ada apa-apa backup untuk Fael. Gadis itu hanya menumpang kekayaan anak sedaranya itu.

p/s: sorry lambat post entry coz internet problem plak.. skrg fn akan cuba post secepat yang mungkin...

tq..suma..=))

Adoiya..

14/03/2015

Be Mine! 41


salam... i'm coming!!  new entry.. try the best untuk episode seterusnya. sibuk dengan kerja and holiday ni manfaatkan sepenuhnya untuk update dis blog ni ..ngeengee

                                                 terbaik bagimu..by siti nurhaliza


Bab 41

Majlis  di rumah Mak Leha  dibuat secara sederhana, pagi  majlis pertunangan selepas Zohor majlis akad nikah. Tr meminta pertolongan Paan dan keluarga kakak Paan untuk mengurus sebelah pihaknya. Menjadi wakil pihaknya datang meminang dan majlis akad nikah.

“Maaf.. saya tak buat majlis yang grand untuk awak” itu saja ucapan yang dia mampu ucapkan untuk bakal suri di hatinya.

“Kehadiran awak pun dah cukup grand” Zara mengenyit mata. Nglup…  Tr rasa nak pengsan. Zara tackle dia. Selalunya gadis itu dingin dan blur je. Sekarang bukan main advance dari dia. Zara sudah memula langkah mengoda hati arjunanya. Dia rasa nak peluk saja zara di saat ini tetapi mereka baru usai majlis pertunangan kalau majlis akad nikah dah lama dia peluk ketat-ketat.

Make up dan baju pengantin Zara ditaja khas oleh D dan Sakinah teman baiknya. D sudah janji kalau Zara akan berkahwin dialah yang akan uruskan semuanya. Zara macam adiknya.

“Za.. kau cantik sangat hari ni” ujar D sebak.

“Hari ni je?” dia mengulum senyuman melihat wajah D. “ Thanks D, kinah sebab korang banyak support aku tak kiralah soal masa, duit ringgit and semangat aku”

“Za..kau nak jadi isteri orang dah”muncung mulut Sakinah seolah menahan rajuk, dipeluk Zara . Tetiba D memeluk belakang Sakinah men’double pelukan kepada Zara. Hakikat sebenar D sudah jatuh hati dengan Sakinah.

“Sayang korang” Sakinah tersentap. Haila..dadanya berdebar bila D memeluk sama.

“ Woi! Lipat, aku bukan muhrim kau tau, jangan lupa kau tu jantan ek” D terus meyekeh kepala Sakinah sehingga tersenget . “ngeee.. sakitlah..”

“Kau tak boleh ke nak damai dengan aku, sekarang ni Zara sudah berteman kau pula ada aku je nak mengadu apa pun masalah kau so cuba berbaik dengan aku” marah D. Sakinah tak pernah pandang dia sebagai lelaki ke? apa dia ingat aku ni Diana? Didie? Aku Zaidi anak Tan sri Zainudin.

“Alah..korang ni, aku nak kahwin hari ni korang bergaduh pulak” Zara mencemik. Saja tunjuk muka tension dengan fiil mereka berdua itu.

“ZA.. pengantin lelaki dah datang” di saat itu dia menjeling keluar terlihat sang arjuna beta segak dengan sut pengantin yang berwarna putih.

Saat dilafaz akad nikah dia melihat wajah tenang itu dengan air mata. Usai akad nikah dia sudah bergelar isteri kepada Tengku Rafael. Disarung cincin bertahtah berlian ke jari manisnya. Disalam tangan yang kini sah disentuhnya. Satu ciuman hinggap di dahinya. Jari-jemari Tr memaut dagunya kemas. Dikedip matanya menerima perlakuan arjuna itu.

++++++++++++++++++++++++

“Zara..awak nak saya panggil sayang ke darling ke honey?”ketawanya terburai. Selepas semua selesai majlis akad nikah. Majis perkahwinan Tr janji nak buat di KL bersama kehadiran aunty Maisara dan keluarga mereka. Mereka meminta diri ke bilik untuk menunaikan solat dan membersih diri.

“Zara lah..buat apa panggil semua tu, awak dah memang sayang saya kan?”

“Zara..sekejap”Tr mengamit tangan menyuruh  Zara datang  kepadanya. Zara menghampiri lelaki yang kini sah bergelar suaminya sekarang. “Boleh saya peluk awak”

Zara tersenyum. Lucu dengan gelagat Tr, macam budak-budak. “peluklah saya kan sudah jadi isteri awak yag sah”

Tr mula rasa gemuruh. Ditelan air liur macam tak lepas. Macam mimpi apa yang berlaku sekarang. Dia dapat berkahwin dengan Zara. Dia memeluk Zara erat. Diusap belakang isteri kesayangannya sekarang.

“Jangan lama-lama, acik dengan saudara-mara tunggu kita kat luar nak basuh periuk belanga”usik Zara ketawa kecil.

Dia melerai pelukan. “Terima kasih sayang”

“Terima kasih abang”usik Zara lagi. Belum sempat Zara melangkah ke pintu bilik untuk keluar tangannya ditarik semula. Jari-jemari Tr memengang wajahnya dikucup bibir gadis itu yang kini miliknya. Zara terkesima. Terkebil-kebil matanya bulat memandang wajah Tr yang melekat di wajahnya kini.

++++++++++++++++++++++++

Tr tersenyum melihat Zara yang cuba melari pandangan darinya. Malu apa yang terjadi tadi. Zara buat-buat menyibukkan diri dengan saudara-mara yang datang.

“Aiii..cik abang kau tu asyik bagi hint je” Sakinah sudah menyiku perutnya. Hint apanya dah lebih dari tu Tr bertindak. Terkejut dia. Tak sangka juga Tr nak memulakan langkah mengodanya dengan ciuman macam tu. Ingatkan pelukan saja. Haiya...azab. macam mana nak buat biasa saja depan Tr nanti.

Selesai semuanya, kebanyakkan  saudara-maranya  sudah pulang ke rumah masing-masing yang tinggal berdekatan. Dia dan acik tak ramai sedara di Penang. Kebanyakkan di Pahang tetapi kebanyakkan di Pahang banyak sudah tiada lagi di dunia ni. Sekarang  tinggal dia, acik dan Tr. Sakinah dan D pun mintak diri sebab D dan Kinah ada tempahan untuk majlis kahwin yang lain di KL.

Dia menolong acik menyimpan pingan-mangkuk di rak semula. Tr pergi meneman Paan dan keluarga kakak Paan balik semula ke hotel tempat mereka menginap sebelum majlis kenduri ini.

“Zara bahagia?” soal acik memandang sisinya.

“Bahagia sangat acik”

“Tengku itu seorang yang pegang janji dia, dulu dia pernah berjanji akan berkahwin dengan Zara dan sekarang dia minta tuntut janjinya pada acik”

“Zara tak tahu apa yang dia suka sangat dengan Zara”ucap zara lemah. Dia bukan wanita  hebat yang boleh dibanggakan Tr. mungkin itu penyebab Tengku MAisara tidak dapat menerimanya sabagai menantu dalam keluarga itu.

“Zara layan Tengku baik-baik. Acik rasa tiada sebab dia suka kan Zara”

“Kerana Allah.. saya suka Zara kerana Dia.” Zara dan Mak Leha terkejut lalu mengalih pandangan kea rah suara itu. mereka tidak sedar kehadiran Tr,senyuman tr menyapa mereka.  “tak payah acik panggil tengku lagi..Fael ja”

“Zara ditakdir hadir kerana Dia. Mengubah hidup saya yang kosong dulu. Acik pun tak suka kan Fael yang dulu” Mak Leha ketawa mengangguk.

“Awak dulu memang teruk kan acik?” Tr datang menghampiri Zara lalu dipercik air basuhan di sinki kea rah Zara.

“Teruk saya pun awak suka kan?” Mak leha tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

“Suka kena paksa”

“Paksa tapi rela”

“Rela tak hinginn”

Mak Leha menggeleng kepala mendengar balas-membalas anak menantunya. Mereka serasi begitu

“Tak hinggin tapi mahu”  Tr sudah memeluk belakang Zara. Pantas Zara menyiku perut Tr. dia berlari ke bilik

“Tengok..acik tak hingin tapi mahu, Zara dah bagi hint tu ajak Fael ke bilik” Ek..ena..budak bertuah ni seloroh tak senonoh betul.

“Yelah..pergilah jangan kata acik ni orang tua penyibuk pula” Mak leha saja buat-buat marah.  Sempat Tr berpatah semula meraih tangan tua itu.

“Ampun acik.. maafkan Fael yang dulu”disalam tangan Mak Leha.

“Acik bergurau je nak.. Fael yang terbaik sekarang” diusap kepala Tr. anak muda itu sudah banyak berubah. 

Rajin menolong dia di dapur, solat pun dia lihat Tr selalu saja keluar mengmbil wuduk itu tandanya anak muda itu sudah melekat dengan rukun islam kedua itu.

“Good night acik” tr mengeyit mata.

Mak Leha tersenyum bahagia. Takdir memisahkan mereka dan takdir juga menemukan mereka mungkin itu ujian yang terindah untuk mereka.

++++++++++++++++++++++++++++

“Aikk..dah tidur?” soal Tr. perlahan-lahan dia menghampiri Zara. Tangan Zara yang berinai membuat dia teruja, disentuh lembut. Lalu dikucupnya. “Jangan tipu abang “

“Isshhh… orang letih” Zara berpaling ke arahnya dengan senyuman. Tr merebah tubuhnya ke sisi Zara. Tangannya menompang badannya mengiring mengadap Zara yang kini sah bergelar isterinya.

“Cantik isteri abang..”senyuman Tr semakin lebar sambil jari-jemarinya mengusap helaian anak rambut yang menjuntai di dahi Zara lalu di selit ke telinga Zara. Sudah lama dia impikan saat indah begini tidur bersama 
Zara sambil merenung laman wajah disayanginya.

“Cantik ke?” pipinya mula rasa berdenyut seperti jantungnya. Tr kini ada di depannya merenung wajahnya.
Satu ciuman hinggap di dahinya. “Satu hadiah untuk isteri abang yang cantik”

Tr ketawa kecil, sebenarnya dia sendiri nervous dengan ‘benda alah’ macam ni. Ditambah pulak ‘scene’ begini adalah untuk suami isteri sahaja memang dia tak pernah buat sebelum ini.

“Nak  Zara panggil abang ke?”

“Mestilah dah lama mengidam ni” sengihan arjuna beta itu semakin lebar. “nanti ada banyak lagi zara kena buat untuk abang yang lama mengidam ni”

Zara mengetip pipi Tr “Boleh tahan gatal juga Tengku Rafael ni ye”

Sempat Tr menyambar tangan Zara lalu dibawa ke pinggangnya. “Peluk abang macam ni”

“Ni contoh ke praktikal?” Tr terasa semakin teruja. Zara ada saja soalan buat dia jadi teruja dengan isterinya itu.

“Nak contoh ke praktikal?” soalnya cuba menarik tali.

“Sama je sekarang” satu ciuman lagi di pipinya kemudian di keningnya. “Yang ni pun abang mengidam juga ke?”

Ketawa Tr semakin besar. “ Banyak tau abang mengidam. Jenuh Zara kena tunaikan”

“Wah…nanti hasil mengidamnya Zara sorang je yang kena pikul?”

“Kita sama-sama lah sayang” ditarik Zara ke dalam dakapannya. Terima kasih Tuhan…

“Zara pun  mengidam juga saat macam ni” Tr terus ketawa sambil mengeratkan pelukannya. Perkataan yang selalu bermain di fikirannya kini menjadi kenyataan. Be mine..


++++++++++++++++++++++++++++++

“Fael melampau sekarang!” Tengku Maisara menghempas punggungnya di kerusi baldu dalam bilik pejabatnya. Dia terima panggilan dari keluarga Datuk Musa mengucap tahniah di atas perkahwinan Tr.

“Kenapa you tiba-tiba datang office?”soal fauzi kehairanan. Tetapi jika kedatangan Tengku Maisara naik angin begini dia sudah tahu kenapa dan apa sebabnya.

“Fael! Sebab fael…dia sudah membelakangi I” Tengku Maisara terus melenting. Tahap kemarahannya kini semakin memuncak. Pantas Fauzi mengusap belakang bahu si isteri cuba melenyap segala amarah itu.

“Kenapa dengan Fael?” sengaja dia menyoal walhal  cerita sebenar dia sudah tahu. Sebelum Tr keluar rumah Tr ada menelefonnya.

“Uncle..apapun yang Fael buat nanti tolong kawalkan kemarahan aunty sara, Fael tahu dia sayangkan Fael tapi bagi Fael sedikit ruang untuk mencari kebahagian Fael sendiri”

“Uncle tahu macam mana nak jaga aunty kamu. Eh! macam mana kamu boleh berjumpa Zara semula?”

“Semuanya takdir uncle, Tuhan menguji Fael supaya Fael bersabar.”

“Jangan salahkan aunty”

“Fael cuba tidak salahkan aunty, sebab dalam hati Fael sekarang selalu mengatakan aunty buat semua itu kerana aunty terlalu sayangkan Fael.”

“Baguslah.. uncle harap semuanya selamat” Fauzi hanya  mampu mendiam diri sebelum Tr membuka cerita semuanya kepada Tengku Maisara.

“Dia sudah berkahwin” Fauzi terkejut. Dia Cuma ingat Tr hanya pergi berjumpa Zara sahaja tetapi Tr pergi berjumpa terus berkahwin. Boleh tahan dasyat juga anak sedara Maisara ni. Fael..fael  kenapa gelojoh sangat. Fauzi menyembunyikan senyumannya.

“Dengan siapa?”soal Fauzi membuatkan api kemarahan tengku Maisara membuak semula.

“Dengan Zara Aulia!”

Fauzi terus memeluk bahu  tengku Maisara, seperti memujuk anak kecil. “You tak boleh marah-marah sangat sayang nanti muka you cepat kedut, kalau tidak macam mana kita nak ada baby lagi”

“IShhhhh…you ni, I serius ni. kenapa I boleh tak tahu sejauh itu Fael bertindak. Macam mana dia boleh berjumpa semula dengan Zara?”

“Semunya takdir sayang” bagaikan angin lalu saja Fauzi membalas jawapan tengku Maisara menggunakan jawapan yang Tr berikan padanya sebelum ni.

“Patutlah sebelum ni Fael macam nak marah-marah je dengan I sebab sebelum ni dia sudah tahu hal sebenar. Mesti Mak leha contact dia semula”

“Alah..sudah Sara! Mak leha mana nak tahu nombor telefon Fael. Kenapa you mesti fikirkan benda yang mustahil” marah Fauzi. Tengku Maisara kadang-kala melampau dengan perangainya yang suka berburuk sangka pada orang kebanyakkan.

“You jangan salahkan Mak leha, you sudah lupa apa yang you dah buat dengan keluarga mereka?”

“Semua itu untuk masa depan Fael. You tahu tak keluarga Melinda dah tahu, nelly juga sudah tahu. Macam mana nak teruskan perancangan menjodohkan mereka. I mesti buat sesuatu ”

“Sayang, you suka tak watak jahat dalam sesebuah cerita bila you menonton di televisyen?”

“Nope! Nama pun watak jahat siapa pun tak suka” Tengku Maisara mengerut kening dengan pertanyaan Fauzi. Kemudian suaminya itu ketawa dengan jawapan telus darinya.

“Sekarang you tak ubah seperti watak jahat dalam drama di televisyen. Berlagak, sombong dan suka melenting and then you pulak sekarang ada rancangan jahat nak halang hubungan baik anak sedara you sendiri”

Aduh..sakitnya kena perli dengan suami sendiri. Tetapi betulkah dia seperti watak jahat dalam drama tv?  Bukan..dia bukan jahat, dia Cuma nak yang terbaik dalam hidup Fael dan masa depan Rash Holding itu saja.

Fauzi tersenyum melihat tengku Maisara terkaku dengan sindirannya. Lalu ditarik isterinya dalam pelukan, satu kucupan di kening Tengku Maisara. “Bagi I you sesuai watak bidadari untuk I jangan you tukar jadi perempuan sihir macam tadi menakutkan betul”

“I jahat ke hubby?”

“Hurmmm.. sometime bila melibatkan hal fael, you macam monster. Nasib Mia tak ada kalau tidak malam ni dia tak mahu tidur dengan you”

Tengku Maisara memandang wajah Fauzi. Lelaki itu bagai satu anugerah tuhan untuknya. Adakah ini hadiah untuk dia yang bersabar membesarkan Tr.

“You tengok apa? I still muda kan? Sebab I jarang marah-marah orang”usik fauzi.

Pantas kedua belah tangan Tengku Maisara memengang pipi Fauzi. “You tak menyesal kahwin dengan I yang keras kepala ni?”

“Satu keunikan dan ujian untuk I belajar bersabar dengan sikap you tapi jangan everyday last I cabut lari”gurau Fauzi. Tengku Maisara mengucup pipi suaminya itu. Fauzi tersenyum

“I patut bersyukur sebab ada you kan?”anggukan Fauzi membuatkan Tengku Maisara terus memeluk suaminya itu.


09/03/2015

continue bab 40 Be Mine!

salam.. my fllower, sorry fn byk busy dengan kerja.  sekarang baru dapat post entry continue bab 40. mybe BM! akan mengakhiri tak lama lagi, fn akan usaha kan sepanjang cuti sekolah ini. hehehe... dan ada cerita terbaru akan menyusur...
tq.. kepada yang tak jemu menjengah blog fn yang penuh sawang sbb lama xupdate maaf...ye buat yang menunggu...sesunguhnya penantian itu satu penyeksaan bukan..cewah.nk kena fn pandai cakap tapi buat orang tertunggu jugak..kan..kan apa pun enjoy it!!

p/s: fn selalu je layan roommate so secara automatik ter'ship' jakson n young ji' sekali perasan si young ji ada dalam mv vixx hahahaha..apa lagi layannnnnn... sampai hp pun ringtone dis song aiygooo!!!

continue....Bab 40



Lepas solat subuh dia terus merebah tubuhnya ke katil. Dipejam matanya rapat cuba memaksa diri untuk tidur. Dia malas untuk berfikir bila dia terjaga terus masalah itu datang menerjah ke kotak fikirannya.

Kalau ikutkan acik cukup pantang tidur lepas subuh, dia mengikut arahan acik namun kali ini dia sengaja melanggar pantang acik itu. Takut rezeki lambat masuk, tambahan pulak kalau anak dara, orang lambat masuk meminang.

Dibuka semula matanya. Terkebil-kebil matanya memandang syiling berwarna putih itu. Satu persatu wajah arjuna-arjuna itu menerjah ke kotak fikirannya.

Tengku Rafael…nama itu semakin dekat dan terus melekat ke hatinya. Dia sedikit demi sedikit dia dapat mengingati siapa sang arjuna beta satu-persatu muncul satu ketika dahulu membuatkan dia penat dan cepat letih.

Luqman Nur hakim…lelaki itu banyak berahsia dengannya. Arjuna itu juga buat dia penat dan sakit hati. Latar belakang Luqman sendiri dia tidak tahu sepenuhnya. Alasan supaya dia tidak rasa inferior.

“Stop it!!” Zara merentap  kedua belah lengannya. Ingat dia alat permainan transformer  ke?menjadi rebutan dua lelaki itu.

“Zara..sorry” Kedua-dua lelaki itu merayu. Memohon maaf. Tr mendahului Luqman  berdiri menghalang pandangan lelaki peguam itu.

“Zara…saya tak bermaksud nak sakiti awak” Luqman ke depan pulak menghalang Tr. Macam main basketball

“Dua-dua saya tak nak!” Zara sudah berlari meninggalkan mereka berdua. D memberi isyarat kepada Sakinah agar menunggu di butik itu sementara dia mengikut Zara, kemana gadis itu ingin pergi merawat hati yang keliru.

Akhirnya dia mintak D menghantarnya pulang ke kampung. Sampai di kampung dia terus memeluk acik. Menangis semahu yang mungkin. Acik menceritakan hal sebenar. Siapa Tr? siapa Tengku Maisara? Dan siapa Luqman?

“Tr sudah lama jatuh hati dengan Zara. Dia anak sedara majikan acik  Tengku Maisara”

“kenapa acik beritahu  Tr  yang Zara sudah mati” air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Acik palsukan kematiannya kepada Tr.

“Tengku Maisara yang minta, acik terpaksa Zara”

Kerana itu dia terpaksa melupakan sang arjuna beta. Lelaki itu ada penghalang besar untuk bersamanya.

Luqman?

“Acik rasa baik Zara teruskan perancangan Luqman, bertunang dan berkahwin dengan dia”tersentap jantungnya bila acik menyuarakan pendapat.

Itu dulu, bila dia tidak mengenali siapa dirinya sebenar, siapa Tengku Rafael dan siapa Luqman?

Hatinya bukan untuk Luqman dan dia pasti hatinya hanya untuk sang arjuna beta itu, namun halangan besar itu membuat dia terpaksa melepaskan niat untuk bersama Tr.

Pintu biliknya diketuk. “Zara..Zara..”

Tiada sahutan. Dia berpura-pura tidur bila perasan daun pintunya dikuak. “Alaa..tidur pulak anak dara ni.”

Dia sedar acik datang menghampirinya. “Zara..bangun tak elok tidur pagi-pagi ni”

Mak Leha mengusap lembut kepala Zara. Diusap dahi yang ditampal plaster. Terpaksa Zara berpura-pura terjaga. Dibalas senyuman acik menyapa pandangannya.

“Jom sarapan..lagipun ada seseorang sedang menunggu kita kat meja makan sekarang” pujuk Mak leha. Kesian dia melihat keadaan Zara seperti tak bermaya. Zara mesti penat dan letih memikir semula perkara lalu.

Semalam  Zara terjatuh dalam bilik air. Pening katanya. Mak Leha tahu Zara jadi cepat penat dan letih bila dia cuba memaksa untuk mengingat kembali. Mereka pergi ke hospital buat rawatan susulan, nasib baik Ramlan jiran sebelah sudi menghantar mereka ke hospita. Dia mengucap syukur bila doctor mengatakan Zara tiada apa-apa. Zara hanya perlu kembali untuk MRI takut ada pendarahan dalaman di kepala.

Zara bingkas bangun. “Siapa acik?”

Mak leha tersenyum gula kapas. Lelaki yang diharapnya datang akhirnya datang juga.  Mak Leha tahu pemuda itu tidak berputus asa pada Zara.

Zara mengerut dahi, kening berombak. “Seseorang itu macam special jek”

“Haah la..jom cepat, dia tunggu. Acik tahu dia pasti datang pada zara punya”

Ek enaa…acik macam heroin filem Hindustan pulak teruja nak berjumpa dengan hero yang menyelamatnya.

Dilwale Dulhania Lejangyenge, time si Simran watak Kajol berangan berjumpa si Rahul watak dilakonkan oleh Shah Rukh Khan. Berlari-lari si Simran bila dengar bunyi music, dia yakin si Rahul datang berjumpa dengannya.

Macam tulah dia, beria bangun lap muka dan tepuk pipi pakai bedak powder bagi gebu. Tak sabar jumpa sang arjuna beta.

“Selamat pagi Zara” arjuna lain yang menyapanya.

“Selamat pagi Luqman, awak tak kerja ke?”

Luqman menarik kerusi untuknya “Tak, saya ambil cuti seminggu”

Luqman senyuman di hujung kata. “Jemput makan, saya bawakan nasi lemak balut daun pisang kegemaran awak”

Luqman meletak nasi lemak yang dibalut kemas dari daun pisang “hot and spicy lagi. Cepat makan nanti sejuk tak sedap”

Zara mengangguk perlahan. Luqman banyak bercakap darinya. Luqman yang  datang bukan Tr. kalau kata Tr tak tahu rumah dia, acik ada beritahu Tr pernah datang ke sini sebelum semua perkara ini dia tahu.

Selesai sarapan pagi acik memberi ruang untuknya dan Luqman berbicara hal mereka. Dia sengaja mengajak Luqman  berbual di luar sambil menghirup udara pagi berhadapan sawah yang menghijau. Sejuk matanya memandang seperti hamparan permaidani indah.

“Saya ingat nak beritahu semuanya tentang saya”ujar luqman memulakan bicara.

“Kenapa sekarang? Kenapa tidak sebelum ni?” dipandang wajah lelaki itu yang tunduk  sambil kaki lelaki itu menguis tanah.

“Saya takut awak menolak saya”

“Kalau sekarang, awak tak takut saya menolak awak?”

Luqman mengangkat wajahnya. Dipandang gadis yang satu ketika dulu berjaya mencuri hatinya sehingga sekarang kasihnya untuk gadis itu tetap mekar.

“Zara…kita ada kenangan yang indah sebelum ni, awak kawan saya yang saya sayang waktu kita belajar dahulu.” Ditarik nafas sedalamnya.

“Saya pernah memasang angan-angan untuk hidup bersama awak. Tiba-tiba awak buat pengakuan yang awak sukakan TR..”dia berhenti cuba melepas sakit di hati bila cintanya ditolak.

“Pengakuan awak itu melumpuh semua angan-angan saya. Saya ingat saya yang terbaik umtuk awak bila mana awak asyik merungut perihal tentang TR.” direnung wajah Zara yang menahan rasa. Dia tidak pasti Zara marah atau sebaliknya bila dia bercerita hal mereka bertiga.

“Awak selalu kata Tr menyusahkan awak, Tr berlagak, sombong, penyakit putera.” Luqman ketawa kecil mengejek dirinya bila dia menyebut semua hal itu sedangkan  Sembilan tahun sudah berlalu. Dia tetap masih ingat rungutan Zara padanya.

“Dia jugak selalu panggil saya maid dia. Dia suka marah-marah, kuat melenting dan suka mengarah saya buat itu ini.” Zara memandang Luqman yang setia melihatnya. “ semua tentang TR tak ada satu pun yang baik untuk saya”

“Jadi..kenapa awak masih lagi memilih dia?”

“Entah..saya rasa hati saya selesa bila dia ada depan mata saya.”air mata mula mengalir. Dia tak tahu apa yang indah sangat tentang TR selama dia hidup dengan lelaki di rumah agam milik keluarga lelaki itu.

“Kalau macam tu kita mulakan semula perkenalan kita. Saya nak awak beajar mengenali siapa saya”balas Luqman bersunguh-sunguh. Lelaki yang berhadapan dengannya merenung tajam meminta kepastiannya semula.

“Maaf…”ujarnya lemah.

“Zara..tak bolehkah awak buka pintu hati untuk saya?”

“Maaf.. Luqman, bagi saya ruang. Saya rasa kalau saya tak bertemu Tr semula pun saya pasti hati saya belum terbuka untuk awak. Saya selesa berkawan dengan awak”

Luqman memejam mata. Dia melepas keluhan berat.    Saya rasa, saya yang terbaik untuk awak Zara”

“Luqman..”

“Terima kasih jujur dengan diri awak Zara, awak bukan seorang gadis yang tamak” Luqman ketawa kecil. Sempat  lagi Luqman mengeyit matannya.

“Kenapa?”

“Saya rasa puas dengan persoalan bermain di kotak hati saya. Benar kata Tr, dia tak akan lepaskan awak seperti mana awak juga tak lepaskan dia dari hati awak. Awak tak beri saya harapan palsu dan tamak kasih sayang dari saya. Awak seorang gadis yang baik.”

Luqman mengangkat pandangannya merenung lembut laman wajah Zara. “Saya sengaja mencabar diri saya untuk bertemu awak mana tahu nasib saya baik, awak terima saya setelah Tr lama menghilang jauh dari hidup awak sebelum ni.”

“Luqman..” Zara serba salah mendengar pengakuan Luqman Nur Hakim, dialah watak hero kedua yang baik dalam episode hidupnya. Luqman tak pernah berkeras dengannya. Haila..kenapa dia tak jatuh hati dengan Luqman yang baik hati, kenapa dia masih menyukai sang arjuna beta yang berpenyakit putera itu.

Betul kata Sakinah trend sekarang perempuan suka lelaki berwatak jahat..macam dalam drama. Itu sakinah punya research. Agaknya betul la tu.

+++++++++++++++++++

Luqman Nur Hakim…. Lelaki itu sudah berangkat pergi. Kata Luqman dia akan ke Singapura, rumah kedua mamanya. Di sana dia ada seminar dan dia juga mahu tenangkan hati. Mungkin juga dia akan terus ke China bercuti bersama mamanya dan selepas itu dia merancang menunaikan umrah.

“Zara..kalau Tr tinggalkan awak jangan lupa contact saya semula”kenyitan mata Luqman terasa lucu, sampai ke saat ini, Luqman masih mengharap cintanya.

“Luqman, saya nak tanya awak sesuatu harap awak jawab dengan jujur” lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.

“Apa yang specialnya saya pada awak sehinggakan awak cintakan saya sampai sekarang? Saya cantik? Rasanya ramai lagi perempuan kat luar sana cantik dari saya. Saya pandai? Awak pandai lagi dari saya. Saya kaya? Awak kaya lagi dari saya. Saya apa pada awak Luqman?”

“Awak hati saya.. jika hati saya sakit saya akan terasa sakitnya”

“Luqman, saya bukan pandai bermadah pujanga. Tolong bagi jawapan yang jelas”

“Entah.. saya suka awak kerana awak lah… awak Zara Aulia. Kalau kita sukakan seseorang itu tak perlu sebabnya. Cantik? Pandai? Kaya? Semua itu penyebab yang mungkin akan mengurangkan kasih sayang kalau kita suka seseorang yang bersebab.”

Zara tersenyum puas. Luqman meninggalkannya dengan senyuman. Tanpa dendam tanpa air mata rayuan dan juga pengharapan yang membuatkan dia serba salah untuk menerus hidupnya.

Doa dan harapan awak bukan untuk saya sebab itu doa saya tak sampai kepada awak Zara dan saya rasa doa awak dan Tr bertembung kemudian Allah makbulkan. Luqman Nur Hakim ..terima kasih hadir dalam hidupku..

“Zara…” Zara berpaling kea rah suara menyapanya.  Senyuman sang arjuna beta menyambut pandangannya.

“Tengku…” sudah lama bibirnya tidak menyebut panggilan itu.

“Awak dah ingat siapa saya?” Tr berjalan mendekatinya. Rasa bagaikan mimpi. Betulkah Tr atau mimpinya di siang hari.

Dicubit pipinya cuba menyedarkan dirinya dari lamunan. “Tak perlu cubit pipi awak”

Jari jemari arjuna itu sudah mengetip pipinya. “betul tak saya ni?”

“Aaauuuch..sakitlah” ditepis tangan lelaki itu. Senang  saja Tr menyentuhnya secara spontan.  

 Sengihan Tr semakin lebar melihat wajah comel itu menyeringai kesakitan.

“Zara.. Tengku datang tadi, acik saja tak beritahu Zara sebab nak Zara rehat dulu, lepas berjumpa dengan Luqman”  Mak Leha tersenyum melihat riak wajah anak sedaranya kemerahan menahan rasa di dalam hati. Hanya tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya jantung hatinya sekarang.

Haruman Tr menyapa hidungnya. Sah! Dia sang arjuna beta, Putera gunung ledang, Tengkujuh semua gelaran itu adalah orang yang sama.

Nasib Zara masih memakai tudung lagi selepas berjumpa Luqman tadi dia terus masuk ke biliknya untuk berehat. Cuba menenang hatinya setelah ucapan selamat tinggal Luqman sedikit sebanyak membuat dia sedih. Luqman lah kawan yan setia sepanjang dia hilang ingatannya.

“Ingat Luqman?” soal Tr dengan nada cemburu.

“Luqman kawan baik yang setia” ujarnya. Dia segan untuk memandang laman wajah di rinduinya selama ini.

“Kalau macam tu saya kena jadi hyde and Jekyll  sebelah Luqman sebelah Tr” Zara tersenyum. Saya suka awak TR, kata itu hanya di dalam hatinya.

“Zara.. kita kahwin?”

“hah?”

“hah..hah..dari dulu suka buat blur tetapi sebenarnya mahu” usik Tr.

“Kahwin?” dia teringat kata acik, batu penghalang besar adalah Tengku Maisara aunty TR.

“Acik awak kata kalau saya sanggup bertanggungjawab ke atas awak, dia bagi restu kita kahwin”

“Tapi..”

“Aunty?” cepat saja Zara mengangguk tepat pada persoalannya.

“Awak tak usah risau. Saya akan usahakan supaya aunty terima awak. Sudah lama saya nak hidup dengan awak. Kalau awak nak tahu mungkin kita dah ada anak dua” senyuman gatal Tr semakin lebar.

Zara menunduk malu. Biar betul lelaki yang selalu mengarahnya itu ini melamarnya secara terbuka. Ayat terus terang ‘ kita kahwin’

“Acik?” dia memandang Mak leha yang memandang dari belakang.  Mak Leha mengangguk sambil tersenyum.  Zara dapat melihat acik mengelap lelehan air mata dengan hujung lengan baju kedah.

“Saya setuju..”balasnya membalas senyuman Tr.

“saya rasa macam nak peluk awak sekarang, baik awak pergi peluk acik sebelum saya peluk awak” Zara tersentap terus berlari memeluk aciknya. Tr ketawa kecil, hatinya bahagia.  Terima kasih Allah..

Luqman ada memberitahunya kedatangannya ke rumah Mak Leha. Luqman kata kalau dia terima panggilan dari Luqman bermakna dia menang. Luqman sedia undur diri. Betul kata Zara Luqman Nur Hakim seorang kawan yang setia.

Sebaik sahaja terima panggilan Luqman dia terus membawa diri ke sini. “ Luqman, aku kalau boleh nak kenal kau lebih dekat lagi”

“Dah..tak payah buat ayat jiwang karat kat telinga aku, sebelum ni tak pernah nak kenal aku”

“Sebab aku ingat kau pesaing aku”

“So?”

“Sekarang aku rasa kau boleh jadi kawan aku” ketawa Luqman kuat kedengaran.

“Thank you Zara, bagi aku seorang kawan tetapi ingat bro, kalau Zara telefon aku menangis sebab kau jangan kau ingat aku kawan kau lagi”

“Opss..jangan macam tu bro, aku berdoa kau berjumpa seseorang yang terbaik untuk kau”
Luqman Nur Hakim seorang kawan yang setia.  Dia mendapat seorang kawan. Bibirnya 
mengukir senyuman indah.

“Kalau kau ada apa problem dengan company kau aku sedia jadi lawyer untuk seorang kawan” pertama kali dia rasakan kehadiran seorang kawan. Terima kasih Tuhan.. kelipan bintang  semakin banyak menceria malamnya sekarang yang  sepi sebelum ini.

p/s: sebenarnya hidup lebih bermakna dengan kehadiran kawan yang setia dan jujur kan?