17/11/2014

Be Mine! 40

salam..apakhabar kekawan fllwer, sowiiii sbb lambat updte, FN sibuk cket ujung tahun ni. ada seminar berbagai..dan taip bab 40 tu pun ada continue ye.. papun hope uollss enjoy..trimasss still setia mnjenguk ke bloq yg nk usang ni..hihi






   p/s:  lagu happen ending by epik high ft lee hii ..deaabaaakk.. layan jek

                                             TR + Zara - Luqman = Be Mine!


Bab 40

Matanya  teracap pada raut wajah di depannya. Senyuman sang arjuna beta bisa membuat hatinya goyah semula. Haila..kenapa datang lagi?


“Zara Aulia binti Zainal, suka lagu klasik, peminat setia Jamal Abdillah” terkebil-kebil matanya mendengar maklumat dirinya. Seolah dicerobohi oleh sindiket tak di kenali. Dia ni banyak tahu tentang aku. Tak pelik ke?


“Awak Zara Aulia yang sukakan bintang..” Tr menghampiri Zara yang masih melopong mendengar huraiannya tentang gadis itu “Nah!”


“Apa ni?”Zara membuka beg kertas yang berat muatan itu. “Buku novel?”

Pandangannya bertaut dengan renungan sang arjuna beta. Namun dia hairan dengan setiap butir bicara dan perbuatan lelaki. Nak buat jejak kasih ke?


Dia pernah hidup dengan lelaki itu ke? Dia membelek novel lama itu ada dalam tiga buah semuanya.


“Ada banyak lagi dalam bilik saya. Semua saya simpan dengan elok dan terjaga.” Senyuman sang arjuna beta menambah resah hatinya.


“Ada signature awak lagi kat tepi muka surat pertama”betul kata Tr. Tandatangannya serta nama dan tarikh pembelian. Ada contengan kartun lucu di situ. Pemberian Tengku Rafael a.k.a TR.


Dia mendongak semula pandangannya. “Apa maksud awak?”


“Nah..ini gambar kita berdua pernah menyambut hari raya bersama”ngaaaaa….macam tak percaya. Wajah dalam foto di tangannya kini macam copy paste je dari wajahnya sekarang. Biar benerrr..


“Kita pernah hidup bersama ke?” soal Zara. Dia rasa macam soalan bodoh je.


Tr mengangguk sambil merenung raut wajah itu. “Hidup dalam satu rumah”


Ngaaa…rahang bawah Zara dah jatuh ke bawah. “Kita suami isteri ke?”


Tr ketawa kecil. Kalau mereka suami isteri sudah lama dia bawa Zara lari. Zara akui hatinya milik lelaki di depannya sekarang.


“Awak gadis saya Zara, kalau awak nak penjelasan lagi awak boleh tanya acik” betul..lelaki itu pernah hadir dalam hidupnya. Banyak bukti yang lelaki itu tonjolkan. “Be mine by my side”


Zara mengikut Tr ke kereta audi itu. Dia perlu berjumpa dengan acik minta penjelasan semuanya. Dia menelefon Sakinah yang dia tidak ke butik dan kedai kraf tangan, dia mahu balik ke Penang. Tr tetiba muncul di depan rumahnya tadi. Semua berlaku sekelip mata sahaja, dia sekarang berada di dalam kereta Tr.

Handphone Samsung note berbunyi. Dilihat skrin siapa pemanggilnya. D!


“Hello..Assalammualaikum”


“Waalaikumussalam..”dia menjawab salam lelaki lembut itu. Pasti Sakinah sudah memberitahu hal tentangnya pada D.


“ZA..kenapa dengan kau? Luqman ada kat butik sekarang” suara D kedengaran marah.


“Aku nak balik kampong”ujarnya tanpa memberi alas an.


“Kau dengan Rafael kan?”dadanya berdegup kencang bila mana terjahan D mengena. “Za baik kau datang sini”


“Aku nak cari siapa aku sebenarnya. Maafkan aku D” pantas di off kan handphonenya. Tr memandang Zara yang masih tertunduk merenung skrin handphone.


“D telefon ke?” hanya anggukan diberi jawapan. “Dia cakap apa?”


“Dia suruh ke butik. Luqman ada kat sana” pantas Tr membelok keretanya ke lorong kanan untuk membuat u-turn.


“Kita ke sana sekarang” Ngaaaaaaa…oh tidak! Zara sudah memejam matanya rapat. Tak dapat nak bayangkan bila Luqman bertemu dengan Tr. Pasti meletus perang dunia ketiga.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Luqman memandang D yang berjalan ke hulu dan ke hilir seolah lebih resah darinya. Masalahnya yang timbul antara dia dengan Zara. Tetapi  tingkah laku D seperti watak utama dalam cerita sekarang.


“Siapa mamat model yang korang maksudkan itu?” soal Luqman mencetus kesunyian. Sakinah yang tadi menghilang datang membawa mug berisi air choklat yang masih berasap.


“Jemput minum Luqman.” Pelawa Sakinah lembut. Kesian dia melihat Luqman seperti pungguk menunggu bulan. Betul tak ayat dia. Dia perhati raut wajah kacak yang tersenyum sambil meneguk minuman pemberiannya.


“Sedap. Terima kasih, Kinah” haila… rasa  bersalah membiar hubungan Zara dengan mamat model berlarutan sehingga kini dan Zara benar-benar ‘terlekat’ dengan mamat model itu.


“Luqman.. lelaki itu kita orang upah dia ganti tempat awak yang tak dapat hadir waktu pertunjukan pakaian pengantin dengan Zara.” Terang Sakinah sempat dia meneguk air liur macam tak lepas jek.


“So..dia pengantin lelaki Zara la kirannya?”D terus menoleh mendengar kata Luqman itu.


“DIa just penganti bukan pengantin lelaki Zara.”balas D cuba menyedap hati Luqman.


“Siapa dia?”


“Rafael..nama dia Rafael selebihnya kita orang tak tahu sangat.”ujar D


“DIa kerja di hotel shopping mall ni”tukas Sakinah.


Luqman terdiam, cuba memikir sejenak. Rafael? Terlintas perbualan antara dia dengan Zara tempoh hari.


“Siapa saya sebelum ni?” Luqman sudah meletak sudu dan garfu di sisi pinggan.


“Awak Zara Aulia, gadis comel yang pandai melukis dan kreatif dalam kraf tangan”LUqman tersenyum. Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia menahan gemuruh dengan soalan Zara tiba-tiba. Adakah Zara sudah ingat semula siapa dia sebenarnya.


“Tak..saya tak nak dengar itu. Awak kenal dengan lelaki bernama Rafael?”


Luqman menelan air liur terasa berpasir. Tak mungkin Tr datang berjumpa Zara. Macam mana dia tahu Zara masih hidup.


“Tak.. siapa Rafael? Awak curang dengan saya ek?” sengaja dia mengubah topic. Mendengar nama Rafael mebuat dadanya hilang rentak biarpun tiada pangkal nama Tengku. Rafael cukup sinonim dengan dirinya satu ketika dulu. Tengku Rafael aka TR. lelaki tingggi tegap itu saingannya.


Namun Tr tetap putera pujaaan di sekolah elit itu. Anak sedara YDP PIBG sekolah elit itu penyumbang dana terbesar untuk sekolah itu. Sesiapa pun tak berani menyentuh pemuda itu.


Tr datang bersama ‘maid’nya Zara Aulia. Itu pengakuan TR mengatakan Zara maid nya namun hakikat dia tahu lelaki itu menaruh hati kepada Zara termasuk dirinya. Tr terlebih dahulu diterima Zara dan dia terpaksa jua melepas gadis kesayangannya. Impiannya untuk bersama gadis itu belajar, bekerja dan berkahwin hidup bersama musnah bila gadis itu lebih memilih Tr tinggal dalam hati.


Luqman teringat hari terakhir pertemuannya dengan TR, selepas mengambil keputusan exam spm. Dia sengaja ingin berbual dengan Tr secara berdepan kerana Zara. Dia juga memberi amaran jika Tr melepaskan Zara, dia tidak teragak-agak untuk mengambil gadis kesayangannya itu dan tak mungkin dia melepasnya dengan mudah.


“Hai..boleh kita berbual sekejap” Luqman membalas senyuman Tr kali pertama untuknya. Susah lelaki sombong itu untuk mengukir senyuman terutama untuk dirinya. Mungkin kehadiran zara salah satu factor penyumbang pahala sedekah untuk lelaki itu


“Agaknya Zara ajar kau cara mengukir senyuman ye?” Tr menarik semula senyuman itu. ulas bibir lelaki itu keras kembali untuk mengukir senyuman. Mata Tr memandang tajam menikam anak matanya, dia tidak mahu beralah. Dia juga hero biarpun bukan di mata pelajar perempuan sekolah elit itu dia tetap hero di hati mama dan mungkin Zara.


“Dan kerana Zara,, buatkan kau pandai mengancam orang?”soal Tr membuat dia tersenyum jongket. Sinis!


“Apa pun tahniah..” luqman menghulur tangan untuk berjabat.


“Thanks..aku masih belum boleh nak mesra dengan kau. Ia ambil masa aku harap kau faham” huluran tangan luqman sengaja tidak disambut Tr. Luqman menarik semula dan berjabat dengan tangannya sendiri.


“Aku boleh faham dengan fiil kau. Sedangkan dulu farouk kau boleh sepak macam bola kerana Natasya ini kan Zara. Cukup dengan sejarah basketball. Aku akan sentiasa ingat” sengihan sinis Luqman lebar. Dikerling TR yang bersahaja.


“Kes Farouk tak de kena mengena dengan Natasya. Tapi kes kau memang ada mengena dengan Zara. Kau 
tahu kan aku tak suka kau rapat dengan Zara” Tr cuba mengancamnya.


“Tahniah Tr, kerana result spm terbaik untuk sekolah dan satu lagi tahniah kerana Zara memilih kau.”


“kenapa?”


“Kenapa apa? Salah ke aku wish tahniah?”


“Tak..maksud aku hal Zara?  Dia bagitahu kau apa-apa ke?”


“Hurmm…aku kenal Zara dengan baik. Dia gadis yang baik. Aku harap kau tak main-mainkan perasaan dia”


Tr hairan. Apa yang telah diberitahu Zara mengenai dirinya pada Luqman sehingga lelaki itu mengundur diri dan mengucap tahniah dnegan baik padanya.


“Tahulah aku nak jaga Zara, kau tak payah menyibuk”


Luqman ketawa. “AKu hairan, macam mana Zara boleh tertawan dengan sikap kau”


Tr mencemik. “Apa? Aku tak cukup bagus untuk Zara”


“Tak..” pantas jawapan Luqman


“Ingat Zara sudah pilih aku bermakna aku lebih bagus dari kau” Tr cuba mempertahan diri.


“Tapi ingat Tr. kalau apa-apa yang terjadi dengan Zara. Dia ditinggalkan kau, aku tak teragak-agak kembali semula dalam hidup dia.”


“Jangan harap!” marah Tr “ tak mungkin aku akan tinggalkan dia. Dia percayakan aku. aku akan tunggu dia”


“Baiklah. Mungkin Zara untuk kau tapi kau kena ingat takdir, jodoh itu rahsia tuhan” Luqman menepuk bahunya sambil berlalu pergi.


“MAafkan kita orang Luqman”ujar Sakinah membuat Luqman kembali kea lam nyata. Sakinah serba salah 
melihat laman wajah kacak kelihatan tanpa perisa.


“Assalamualaikum..” enam pasang mata memandang pasangan itu yang berdiri di depan pintu masuk butik itu. Luqman tegak berdiri. Pandangan matanya menjunus terus ke arah lelaki berdiri di sebelah Zara.


“Tr?” langkah Luqman mara ke depan, mereka yang lain mengerut kening kehairanan.


Raut wajah lelaki itu tampak matang dengan penampilannya. Ya..baru Luqman tersedar Tr dan dia sudah dewasa.


“Luqman Nur Hakim Bin Dato’Khairuddin”ujar Tr kini berdepan empat mata dengan lelaki yang di maksudkan Zara, ‘tunangannya’.


 D, sakinah dan Zara melopong selama ini mereka tidak tahu Luqman adalah anak ‘someone’ yang berpangkat Dato’


“Tengku Rafael bin Tengku Rashdan pemilik saham terbesar Rash Holding” ketiga-tiga rahang itu jatuh ke bawah. Sakinah lagi luas dari mereka berdua. Dia sangka mamat model itu gigolo high class..haila melepasssss…


Huluran tangan Tr tidak disambut Luqman. Kenapa Tr berbeza dari dahulu. Lelaki itu sombong tak suka memulakan dahulu.


“Tak payah sebut harta pemilikan aku.” sengihan Tr mebuat Luqman ingin saja menumbuk muka itu. “How are you, guy!”


“Aku tak perlu jawab khabar dari kau.”


“Aku datang nak ambik balik kepunyaan aku”sebaik saja mendengar kata Tr, terburai ketawa kecil dari bibir Luqman.


“Kepunyaan kau? Siapa?”


“Zara Aulia!” mahu sahaja Zara pengsan di situ. Dia bagai berlakon teater sekarang. Kisah si dara menjadi pujaan si uda. Acik…help me!!!


“Zara kau kepunyaan kau sudah mati Sembilan tahun yang lalu” Luqman pandang sekilas Zara yang kini berada dekat dengan D dan Sakinah. “Zara yang sekarang adalah Zara aku, dia kepunyaan aku”


Tegas kata Luqman membuatkan Tr mengetap gigi menahan amarahnya. Dia sudah belajar banyak perkara dalam hidup sejak Zara pergi dari hidupnya salah satunya ‘sabar’.


Zara melihat situasi itu seolah pernah berlaku dalam hidupnya. Luqman dan TR bergaduh kerananya. “ Luqman, awak kenal dengan Rafael?”


Luqman telan liur. Perlukah dia beritahu siapa Tr dan Zara sebelum ini. “Itu awak tak perlu tahu  Zara, yang penting sekarang awak bakal tunang saya”


“Tunang?”soal Tr dengan nada sinis “ Zara milik aku sebelum ni. Kau patut lebih tahu Luqman. Kenapa kau tak beritahu hal sebenar kepada Zara?”


“Luqman, awak kenal saya dari sekolah lagi ke?” Luqman diam. Sebelum ni dia sudah menipu Zara dengan mereka cerita siapa dia dan pertemuan dengan Zara adalah yang pertama sewaktu dia ditakdirkan bertemu semula dengan Zara.


“Zara kemalangan dan koma, awak yang dulu saya sangka sudah mati” terang Tr. “Acik awak beritahu saya yang awak sudah mati sebab aunty saya”


Sakinah dan D hanya menjadi penonton setia babak cinta luka itu. Luqman memandang Zara kemudiaan dia berjalan kea rah gadis itu.


“Zara…maafkan saya. Kita dulu pernah kenal. Awak,  saya..” Luqman menunjuk Tr “ dan dia..”


“Kenapa awak rahsiakan dari saya cerita sebenar? Kenapa buat saya tertanya-tanya siapa saya?” air mata Zara sudah mengalir keluar. “Saya penat Luqman, setiap hari saya kena berfikir soal hati saya, siapa saya sebelum ni dan siapa awak pada saya sebenarnya”


“Zara..awak milik saya”ujar Tr tanpa rasa malu. Luqman mengangkat pandangannya. Tr sudah melampau.


“Kau takda hak Tr, kau dah lepas Zara dahulu, sekarang Zara milik aku” luqman cuba mendapat Zara bila Tr berjalan kea rah gadis. Tangannya memengang lengan gadis itu sebelah kiri dan Tr juga tidak mahu mengalah lelaki itu terlebih dahulu memengang lengan gadis sebelah kanan.


Sakinah dan D sudah melopong…


Zara rasa nak pengsan.. macam tak percaya dia jadi rebutan…azab!

-tqvm- kpd yang xjemu memberi komen =))