04/06/2013

Be mine! 28

____________________________Bab28_____________________


“Kenapa perlu Zara ke sana?” disoalnya bila Zara dipindahkan ke penang.

“Zara akan dekat dengan saudara maranya disana bila berlaku apa-apa nanti padanya” Tr bingkas bangun. Dipandang aunty Maisara sekilas. Tanda tak puas hati. Apa maksud aunty ‘bila berlaku apa-apa pada Zara’? Zara  tak akan sembuh ke?

“Zara akan sedar dan sihat kembali kan aunty?”

“Hurm..maybe sayang” tengku Maisara mengusap lembut bahu anak sedaranya.

“No..fael nak ke sana jugak la, mana boleh biar MAk leha saja yang jaga Zara” Tr menolak lembut tangan Tengku MAisara, anak muda itu berlalu ke kamarnya.

“Fael..”tengku Maisara mengikut langkah Tr dengan pantas. “ tak payah…aunty dah pastikan semuanya selamat. Disana pun ada doctor pakar jugak.”

Dia memujuk Tr.  “Lagipun..Fael kan janji nak settle hal Zara, bila keluar result nanti nak uruskan continue study kat UK..hurm?”

“Haah..aunty kena tolong jugak..buat passport semua bagai..” Tr tersengih. Happy sangat hatinya. Tak sabar nak tunggu Zara sedar. Semalam dia ada telefon MAk leha bertanya khabar Zara di sana. Mak leha cakap Zara ada gerakkan jarinya sedikit kan lagi bagus jika dia sendiri ada di sana dapat melihat anjakan kesihatan Zara dari masa ke semasa.

“Baik boss..” Tengku Maisara mencubit pipi TR.

“aunty ne..FAel kan dah besar tak yah..layan macam budak-budak, nanti FAel nak kahwin dengan Zara and Aunty maybe akan dapat cucu sedara dalam masa terdekat” Tr tersengih sambil mengaru pelipis.

“Amboi..gatal ye..aunty belum beruban lagi jangan nak memmandai bagi cucu lagi” tengku Maisara turut ketawa. Bukan masanya Fael, aunty tak kan biarkan kamu bersama Zara. Dia bukan gadis terbaik untuk Fael.

“Saja nak usik aunty, apapun Fael nak aunty kahwin dulu dengan uncle fauzi, cian dia dah berjanggut tunggu aunty” dibaringkan badannya ke tilam. Tengku maisara jugak turut membuat benda yang sama.

“Hurmm.. tengok la Fael, apa yang penting sekarang Fael kena smabung belajar dan berjaya nanti siapa nak uruskan empayar daddy? Aunty dah tua dah tak bolah nak hadam semua benda ini sakit kepala tau” diusap rambut anak muda itu. Tr kacak. Dia yakin ramai gadis diluar sana yang lebih hebat dari Zara meminati anak sedaranya itu.

“Kesian aunty, Fael janji akan belajar baik-baik sampai berjaya dengan Zara dan kami akan bersama-sama teguhkan empayar TRS nanti”sengihan itu semakin lebar.

Zara lagi? Hari ini saja sudah berpuluh kali keluar dari mulut TR nama gadis itu. apa yang hebat sangat gadis itu? banyak lagi yang lebih cantik dan pandai dari Zara. Natasya? Gadis itu lebih lagi menang segalanya dari segi penampilan dan latar belakang. Apa yang dipandang TR pada gadis bernama Zara Aulia itu?

“Fael..Kalau Zara masih tak sedar..”

“apa maksud aunty?”

“Kalau Zara koma, mungkin sebulan atau setahun dan mungkin selamanya..macam mana?” Tr bingkas bangun. Dia duduk menghadap tengku Maisara.

“Fael..pasti Zara akan sedar. Kalau Zara tak sedar jugak Fael akan tunggu dia sampai dia sedar. Dia mesti 
ikut Fael ke UK kalau tak Fael akan continue study di sini saja. Lagipun Malaysia pun ada university yang hebat juga tak semestinya pergi ke Uk Fael akan berjaya ..”

Tengku Maisra turut bangun berhadapan TR. dia melepas kepenatan dengan masalah TR, Zara dan masa depan anak muda itu.

“Baiklah..aunty akan sokong Fael. Esok aunty akan contact doctor pakar untuk buat pemeriksaan lanjut kesihatan Zara. Aunty pasti Zara akan sembuh dan sedar kembali” bunga senyuman mekar dibibirnya. Tr lega. Dipeluk tubuh aunty Maisara erat.

“Thanks aunty. I love you…”

“Love you too…” diusap belakang TR lembut. Satu-satunya Buah hati abangnya. Dia tak kan biar Fael 
merana kerana seorang gadis yang tiada apa-apa. Fael sudah merana kehilangan abang dan kakak iparnya. Biarlah ia sementara, dia pasti Fael akan pulih sepenuhnya nanti.
**************************************
Dia mengiring ke kanan semula bila ke kiri tadi tidurnya tidak selesa. Tak selesa jugak, dia ke kiri pulak. Puas ke kanan ke kiri dia bingkas bangun dari tidurnya. Huh? apa yang difikirnya sehinggakan matanya tidak mengantuk sedangkan dirinya letih.

Zara!

Gadis itu yang difikirnya. Zara sedar ke? jarinya dah banyak ke bergerak? Haila..itu nak dikira jugak ke 
 Fael?

Yelah..mesti itukan anjakan kesihatan Zara. Dia bangun ke kamar mandi. Di basuh mukanya kemudian dikuak rambutnya kebelakang.  Dilihat dalam-dalam wajahnya pada cermin didepannya. Aku perlu bertanggungjawab ke atas Zara.

Jiwa aku tak tenang.

“Tengku…jiwa yang tak tenang sebab kita kurang fikirkan Nya” senyuman gadis itu membuat hatinya cair. Dia ingin marah bila gadis itu mnegurnya bila dia merugut jiwanya tidak tenang bila mana adanya masalah yang datang.

TR terus mengambil wuduk sebaik sahaja selesai, dia mengambil sejadah lalu dihamparnya. Dia menunaikan sembahyang  sunat hajat dua rakaat. Setelah usai solat dan berdoa dia terasa haus . TR  berjalan menuruni anak tangga dan berlalu kedapur.

Dia membuka peti sejuk, diambil air kosong lalu dituang kedalam mug. Diteguknya perlahan-lahan membasah tekaknya. Selesai minum diletak kembali mug yang dibasuhnya dirak pinggan-mangkuk. Dia memerhati sekeliling dapur.

Sunyi keadaan dapur. Lampu dari bilik MAk leha dan Zara gelap. Selalunya dalam waktu bgini dia ada terdengar  suara gemersik mengalunkan ayat suci al-quran. Pasti itu memang milik Zara namun keadaan sekarang sudah tidak lagi seperti dahulu. Ia sunyi. Dia melangkah setapak ke depan bilik Zara. Dikuak pintu bilik itu, gelap!

Dipetik suis tepi dinding. Terang! Kosong! Yang ada Cuma benda asal bilik itu. katil, almari dan meja study. Dia tersenyum….

Membayangkan Zara wujud dalam bilik itu. dilihat gadis itu ke meja study kemudian mengambil novel lalu duduk semula ke tilam dan melabuh pembaringannya disitu. Ralit dia membayangkan gadis kesayangannya itu.

                                                                  Brownie a.k.a koko
Meow..meow…

“Opocot! Apa kau ni brownie? Terkejut aku kalau tidak mati aku kat sini” Tr mengurut dada. Kucing peliharaan Zara ada disisinya . brownie bergesel-gesel dikakinya. Dia rimas. Hakikat sebenarnya dia tidak sukakan kucing.

“Baru sekarang kau nak balik, tuan kau sakit lah..” dia tunduk duduk bertinggung “Zara tuan kau sicantik manis itu ada kat penang. Aku ni bakal tuan kau teringat kat dia itu sebab aku jenguk bilik dia”

Meow..meow…meowww . Brownie pejam mata lalu bergesel lagi. “Kau rindu dia juga”

Meowww…  “Ooo..kau faham. Tu la kau keluar cari betina sangat kat luar, kau tu bukan segak sangat. Tak faham aku kenapa Si Zara tu nak bela kau sangat kalau bela aku yela jugak.”

Tr tersenyum. Diusap sedikit belakang brownie. Dia tak suka kucing tapi itu kucing Zara, terubat jugak rindu bila lihat si brownie.  Dia teringat Zara…

“Koko..sini kau, lapar ek?” Zara mengusap kepala si koko itu, apa lagi makin melentuk si kucing jantan itu.

“Koko?” Tr menarik senyum sebelah bibir.

“Apa? Tak penah dengar nama kucing ke?” Zara pandangnya sekilas selepas itu pandangan gadis itu lebih banyak tumpu kepada si kucing jantan itu. ah..lemak betul si koko merempat ni. nak je di tendang jauh-jauh buat menyemak villa atuk dia je.

“Asal koko?” dia perhati bukan main mengada kucing gelandangan itu bila si zara mengurut belakang tak cukup itu dibelai, diusap leher berbulu itu.. mata si koko itu pejam menikmatinya. Haa…geram je hatinya kalau dengannya zara tak boleh sentuh haram! Kalau kucing boleh.. haila…Fael kucing kan bukan batal wuduk. Tapi dia kucing jantan!!!!

Grrrrrr… si koko itu siap mengibas ekornya kiri kanan. “bukan cantik pun bulu dia, lagipun ni kan kucing orang buang.”

Bulu coklat keperang-perangan “ kalau bagi mandi ni segak la dia..”

Haila..kucing dia kata segak, aku? dah lah dulu dia kata Si lalat biru itu lebih manis dari aku sebab senyuman je. Ini kucing terbuang dia kata segak.

“Koko mintak izin dengan tuan rumah ni nak tinggal di sini” zara tersengih. Mulut gadis itu muncung. Konon buat muka simpati tapi baginya gadis itu nampak comel ..Nasib kau koko tuan kau ni comel buat hati aku cair jap!

“Bulu dia warna coklat, sebab tu kau panggil dia koko?” gadis itu mengangguk “ asal tak Brownie jek.. Nampak la glamor sikit pasti si koko ni nak je nama tu sebab dia ni kucing kampong”

Mengekek ketawanya pada kucing kampong itu. “Uik!! Tak baik gelakkan dia”

Dia menutup semula mulutnya. Ketawa kucing bukan manusia. “Dia terasa ke?”

Zara tersenyum kemudian gadis itu tunduk ketawa. Seronok juga dapat buli TR “Faham la..tengook dia jelling Tengku. Tapi tak pe la oleh kerana Tengku tuan punya rumah dengan berbesar hati koko tukar nama dia Brownie sama hebat  tinggal kat villa Tengku ni kan?”

Dia tersenyum sambil mengangguk mengiakan kata-kata gadis itu. senyuman itu masih lagi setia dibibirnya. Dia tersedar bila Brownie mengiau lagi. Brownie pasti rindukan Zara juga.  Dia mengangkat Brownie ke ruang dapur lalu diambil Whiskas dituang kedalam mangkuk Si Brownie. “mesti kau lapar kan lepas mengayat betina kat luar?”

Diusap sedikit belakang Brownie. Rindu dia pada Zara. Gadis itu ada saja benda nak bagi dia ingat. Sabar Fael lepas dapat result ni dia kan pergi melawat Zara disana.

Dia perlu berdoa semoga Allah sedarkan Zara dan sembuhkan gadis itu untuk terus belajar dengannya. Dia kan rasa bersalah jika Zara tidak sedarkan lagi.

Pelangi…bintang….itu Zara…

Sekarang Brownie…Zara jugak


P/s ; tetiba dgr lagu ni kat radio suria..lagi rancak la menaip..papun enjoy it1 dis bab! tq guys!!!

2 comments: