P/s: saja dgr di song..deaabaaakkkk!!!
BAb 29
Dia tersenyum lebar. Puas hati dengan result yang berada ditangannya
sekarang. Pagi-pagi lepas subuh dia menelefon Mak Leha bertanya khabar Zara
kerana hari ini result spm keluar. MAk leha kata Zara dah tak pakai alat bantuan
penafasan dan mesin hayat lagi.
Alhamdulillah..syukur pada tuhan dan sekarang berita gembira result Zara melayakkan gadis itu untuk
continue study bersamanya. Dia gembira sangat sehingga tidak sedar senyuman
masih setia dibibirnya membuatkan ramai pelajar perempuan yang berada disitu
turut tersenyum memandanganya. Tr tampak sangat kacak dimata mereka bila mana
senyuman lelaki itu mesra menyapa. Selalunya lelaki itu tampak dingin dengan
wajah bersahaja tanpa secalit senyuman.
“Tr..tahniah!” Kaizura gadis yang berani menyapanya. Dia tersenyum
membalas sapaan Kaizura.
“Thanks..you too”
“Not bad..cukup makan tapi no hal, papa I tetap nak I sambung belajar
kat luar Negara” dengan yakin gadis itu menyatakan hasrat keluarganya.
“hah! Okay la sekurangnya you yakin nak terus belajar” kaizura pelik. Selalu lelaki bernama Tengku
Rafael bukan peramah orangnya. Memberi semangat jauh sekali. Bercakap dengannya
dulu pun.. “Hai..okay, thank you, bye” tu je sekarang dah macam aura positif
banyak dalam diri sang putera ni.
“You tak nak tanya ke hal Natasya?” Kaizura mengangkat kening. Dia
menanti jawapan “Tasya dah bawa diri kalau you nak tahu”
“kisah I dan tasya dah lama berakhir, buat apa I nak ambil tahu” Kaizura
senyum tawar. “kalau you nak tahu I dah jumpa gadis yang berjaya tawan hati ni”
Rahangnya jatuh ke bawah. “Zara ke?”
Tr senyum. Dia mula mengorak
langkah “Doakan Zara cepat sembuh ye” oh tidak!! Tr nak dia doakan gadis
kampong tu sembuh sedangkan dia lebih
rela gadis itu tiada dalam hidup lelaki itu.
“Errr..Tr” lelaki itu berpaling semula “hurm… Tasya ada beritahu apa-apa ke?”
Tr mengeleng kepala. “beritahu apa?”
Kaizura buat ketawa. Gadis tu mengaru pelipis. “nothing..eh! macam mana dengan Zara sekarang? Dia dah sedar? You dah
dapat tahu ke siapa yang langgar dia?”
“Belum.. polis bagitahu kes Zara langgar lari. Sukar nak jejaki kereta
milik siapa sebab tak ada saksi yang perasan nombor plat kereta”
“Ooo..mungkin kereta tu laju kan? Kereta mewah memang laju pun” Tr kerut
dahi. Keningnya bercantum. Fikiran berlegar mencari jawapan. Apa maksud Kaizura
‘kereta mewah’?
“Macam mana you boleh tahu kereta yang langgar Zara tu kereta mewah?”
soalnya pelik. Kaizura jadi gelabah. Nak je dia tampar mulut celupar ni.
haila..mati aku.
“eh? I cakap ke?” Tr mengangguk dengan muka hairan. “ errr…apa ye?
Maksud I selalu kereta laju ni kereta mewah”
Huh! lepas juga ayat selamat “ yeke?” Tr pelik. Macam tak munasabah je.
“Wei bro..” Maxc, Ljo dan Paan datang kea rah mereka. Kaizura lega. Tr melambai kemudian tangannya diseluk semula
dalam poket seluar.
“congrats Tr,”Paan menepuk bahunya.
“HAah bro..tahniah, aku dah agak Tr memang pelajar terbaik tahun ni”
sengihan Ljo ke telinga. Tangan lelaki itu pun turut menepuk bahunya.
“Hai kaizura..”tegur Ljo. Makin panjang sengihan lelaki itu. kaizura
cantik orangnya rugi kalau tak mengayat.
“HAi guys!” kaizura mengankat tangan, membalas mesra sapaan Ljo “….Okay
Tr, jumpa lagi. Bye!” kaizura mahu cepat beredar dari situ. Dia takut Tr akan
menyoalnya lebih dari sepatutnya. Biarlah ia menjadi rahsia tapi dia takut
rahsia itu akan memakan dirinya jika ia bocor. Dia serba salah jika sesuatu terjadi pada Zara
lebih dari jangkaannya. Melihat Zara terbaring terkulai layu dijalan sudah
menyesak nafasnya. Dia takut pengakhiran hidup Zara.
“Nampak macam Kaizura nak ambil peluang je?” PAan angkat kening.
“yelah..NAtasya dah undur diri, haila..melepas aku”Ljo melepas keluhan.
“Hahaa..yela kau tu, habis si lily bunga hati kau tu nak letak mana?”
MaxC ketawa sambil menumbuk bahu Ljo. Tr tersenyum sedikit.
“Dengar member sekelas cerita, Natasya dah fly ke Australia. Hurmm..tak
sempat tunggu result keluar agaknya dia memang dah merancang nak sambung study
kat sana. Biasalah..Australia tu dah macam rumah kedua dia, lagipun saudara
maranya ramai kat sana” cerita Paan sambil membelek resultnya.
“Wah..semua A kau TR, aku ada
jugak B” Paan menjeling sekilas sambil melemparkan senyuman. “kau tak kisah ke
dengan Natasya sekarang?”
“Biarlah dia dengan haluannya sendiri”ujarnya. Malas dia nak melayan
story Natasya sekarang. Biarlah gadis itu mencari kehidupannya sendiri dan
mulakan tanpa dia disisi gadis itu.
“Tr, macam mana maid kau?” soal MaxC membuatkan Tr tersentap. Maid?
Haiya..diorang belum tahu maid aku dah tukar status my girlfriend.
“Ma..id? maksud kau Zara?” ketiga kawanya menganguk “Korang dah tahu apa
terjadi pada Zara?”
“Sekolah kita kan ramai internet bergerak” MaxC masih lagi menanti
jawapan.
“Dia belum sedar. Dia sekarang ditempatkan dihospital Penang”
“Hah? Asal pulak? Kalau kat KL kita orang tak terkejut sangat” ujar
Paan. Tr heran “kenapa? Penang tak boleh ke?”
“Dah kau kata Zara belum sedar patutnya dihantar ke hospital pakar.”MaxC
dan Ljo mengangguk laju mengiakan kata Paan.
“Penang pun ada pakar la.., lagipun dekat dengan saudara maranya disana”
“Kau ada apa-apa ke dengan Zara?” soal MaxC.
“Asal kau soal macam tu?”
“kita orang dengar Luqman dah give up dengan Zara sebab kau” Tr tersedu.
Tetiba jek bila cerita mengejut itu membuat dia tersedu. Mereka bertiga ketawa.
Tahu perangai Tr. Tengku itu bukan boleh
disoal hati mengejut kalau melibatkan gadis yang dipujanya.
“Jadi betul la?”soal mereka serentak. Tr tersengih sambil mengaru
belakang kepalanya yang tidak gatal.
“Apa yang korang dengar lagi pasal Luqman?”
“Dengar kata dia ada apply university sama dengan Zara. Semua dibuatnya
untuk Zara dan ada sumber mengatakan Luqman dah stop buat semua tu. Dengar
Madam Aira kata Luqman juga batalkan biasiswa bersama Zara untuk lanjut
pelajaran ke university disini” cerita Paan membuat dia tak senang duduk. Dah
kecoh satu sekolah ke?
“sebab semua tu Luqman dapat tahu kau nak bawa maid kau bersama ke UK,
betul ke?”soal Ljo pulak. Mata mereka menghala ke Tr sekarang.
“Agaknya lepas kes aku gaduh besar dengan Luqman kan? Diorang dah mula
bergosip. Mmm…aku rasa betul la tu”
“apa maksud kau ‘aku rasa’? tak boleh kata betul la tu saja tak yah
rasa-rasa la TR”MaxC ketawa.
“Betul kau dengan Zara?”
“Apa lagi korang mahu tahu? Kalau aku suka Zara, ada salah ke?”
“Zara kan..” MaxC takut nak habiskan ayat. Dia takut mukanya lebam kena
penumbuk TR kalau dia habiskan ayat ‘Zara kan maid kau, mana sepadan’
“Zara pelangi hidup aku.” ujar Tr mula mengorak langkah. “Korang rasa
dia tak sepadan dnegan aku? korang salah! Aku yang tak sepadan dengannya.
Tr berpaling “ Aku seperti awan yang mendung kadang kala orang sangka
hari akan hujan lebat, ribut petir dan guruh yang kuat. Tapi hakikat aku
kandung air yang jernih. Bila hujan petang berhenti pelangi mewarnai bumi
dengan warna yang cantik, mereka akan pandang dengan senyuman dan mereka akan
berterima kasih pada hujan kerana membuatkan pelangi pada mula mereka marah
hujan tiba-tiba waktu hari cerah dengan panas mentari .Korang faham sendirilah”
Ngaaaaa….rahang mereka jatuh kebawah. TR pandai bermadah pujanga ke?
putera yang mereka kenal bukan pandai sangat bermain kata.
TR ketawa dengan sedu masih bersisa “korang tak yah pening kepala.
Sebenarnya aku pun tak faham apa yang aku cakapkan tadi. Jumpa lagi!! All the
best!!” tr melambai.
Mereka bertiga membalas lambaian TR. apa pun pilihan Tr pasti bersebab.
Mungkin benar Zara istimewa. Mereka belum mengenali lagi gadis itu dan pasti
gadis itu berjaya mengubah diri tR sebenar.
Tr sudah pandai berkata-kata.
tR tahu ucap terima kasih.
Tr jugak suka tersenyum dan menghargai mereka dengan ucapan semangat.
Selalunya mereka dahulu yang melambai
lelaki itu tapi sebaliknya. Tr tampak peramah dan mesra dengan kawan-kawan.
********************************
Langkahnya terhenti bila mana ada tubuh yang menghalang. Lelaki yang
dibencinya berdiri betul-betul dengannya. Tr cuba untuk senyum. Zara kata dia
kalah dengan Luqman kerana senyuman.
Senyum lagi..lagi…sikit lagi, agaknya senyumannya dah sampai ke telinga.
“Hai..”ujarnya pendek.
“Hai..boleh kita berbual sekejap” Luqman membalas senyumannya. Manis ke
lalat biru tu? Biasa je dia tengok. Senyuman manis? Rasanya bila aku senyum
tadi ramai pelajar perempuan yang pandang.
‘tengku boleh tak jangan dijangkiti penyakit putera’
Apa?
‘penyakit putera! Perasan diri tu hebat!’
Glup!! Dia telan liur. Rasa macam Zara bagi warning. Buang jauh-jauh sikap perasan tu.
Hatinya membentak menidakkan kata-kata Zara yang memilihLuqman lebih manis
darinya.
Lalat biru sesuai je dengan benda manis-manis lepas tu buat tahi.
Mengekek ketawanya dalam hati membuat dia masih lagi tersenyum.
“agaknya Zara ajar kau cara mengukir senyuman ye?” dia menarik semula
senyuman lebarnya. Dipandang Luqman yang kini memandanganya dengan pandangan
mengancam.
“Dan kerana Zara,, buatkan kau pandai mengancam orang?”soalnya pulak.
Luqman senyum sinis. Mereka kini berdiri disudut bangunan sekolah. Disitu tiada
orang yang lalu. Senang kalau tak puas hati boleh je dia hadiahkan penumbuk kat
muka lalat biru tu.
“Apa pun tahniah..” luqman menghulur tangan untuk berjabat.
“ThankS..aku masih belum boleh nak mesra dengan kau. Ia ambil masa aku
harap kau faham” huluran tangan luqman sengaja tidak disambutnya. Luqman
menarik semula dan berjabat dengan tangannya sendiri.
“Aku boleh faham dengan fiil kau. Sedangkan dulu farouk kau boleh sepak
macam bola kerana Natasya ini kan Zara. Cukup dengan sejarah basketball. Aku
akan sentiasa ingat” sengihan sinis Luqman lebar. Dikerling TR yang bersahaja.
“Kes Farouk tak de kena mengena dengan Natasya. Tapi kes kau memang ada
mengena dengan Zara. Kau tahu kan aku tak suka kau rapat dengan Zara”
“Tahniah Tr, kerana result spm terbaik untuk sekolah dan satu lagi
tahniah kerana Zara memilih kau.”
“kenapa?”
“Kenapa apa? Salah ke aku wish tahniah?”
“Tak..maksud aku hal Zara? Dia
bagitahu kau apa-apa ke?”
“Hurmm…aku kenal Zara dengan baik. Dia gadis yang baik. Aku harap kau
tak main-mainkan perasaan dia”
Tr hairan. Apa yang telah diberitahu Zara mengenai dirinya pada Luqman
sehingga lelaki itu mengundur diri dan mengucap tahniah dnegan baik padanya.
“Tahulah aku nak jaga Zara, kau tak payah menyibuk”
Luqman ketawa. “AKu hairan, macam mana Zara boleh tertawan dengan sikap
kau”
Tr mencemik. “Apa? Aku tak cukup bagus untuk Zara”
“Tak..” pantas jawapan Luqman
“Ingat Zara sudah pilih aku bermakna aku lebih bagus dari kau” Tr cuba
mempertahan diri. Dia bukan ada penyakit putera yang menjengkelkan Zara. Dia
lelaki yang dahagakan kasih sayang. Kalau Zara nak salahkan dia bukan terbaik
untuk gadis itu, tak boleh! Kerana salah Zara, gadis itu yang mula masuk dalam
kehidupannya. Gadis itu kena hukumannya iaitu hidup dengannya.
“Tapi ingat Tr. kalau apa-apa yang terjadi dengan Zara. Dia ditinggalkan
kau, aku tak teragak-agak kembali semula dalam hidup dia.”
“Jangan harap!” dia semakin meluat melihat wajah luqman sekarang. “ tak
mungkin aku akan tinggalkan dia. Dia percayakan aku. aku akan tunggu dia”
“Baiklah. Mungkin Zara untuk kau tapi kau kena ingat takdir, jodoh itu
rahsia tuhan” Luqman menepuk bahunya sambil berlalu pergi.
Tr mengibas bahunya yang disentuh
Luqman. Membuang kuman lalat biru itu.Kata luqman ibarat mnegancam dia. “Ingat…doa
itu senjata orang mukmin, Allah itu maha mendengar”
Itu ayat Zara. Dia yakin doa dari hambanya yang tidak putus asa Allah
akan makbulkan. Dia sentiasa berdoa
jodohnya dnegan Zara kuat dan segalanya mungkin untuk bersama Zara hingga hari tua.
Dia mahu tua bersama Zara melalui beberapa fasa hidup. Remaja, dewasa,
dan tua. Beberapa fasa itu ada segulung ijazah, perkahwinan, anak-anak dan cucu
kalau sempat cicit.
Senyuman Tr semakin meleret.
Handphonenya berbunyi. “hello..”
Dia menjawab sebaik sahaja menekan button hijau. “Hello sayang, congrats
Fael. Fael nak apa? Cakap aunty akan tunai kan”
Tr tersenyum. Aunty Maisara pasti sudah tahu dia mendapat 10A dari
pengetua sekolah. Aunty kan orang kuat sekolah itu.
“Betul Aunty akan tunai kan?”
“Ye..cepat cakap”
“FAel nak jumpa Zara”
Senyap. “aunty? “
“Nak jumpa Zara je? Lagi?”dia dengar suara aunty ceria semula.
“Hurmm..jumpa Zara je aunty. Lagipun Fael tak sabar nak jumpa dia nak
bagi tahu result dia, dia dapat 6A, dan
subjek yang lain semua lulus rasanya aunty boleh tolong adjust dia masuk
university yang sama dengan Fael kan..”
“Fael… apapun Fael balik dululah”
“Nape? Zara tak sedar lagi ke? pagi tadi Mak leha beritahu Fael Zara dah
tak pakai alat penafasan dan mesin hayat tu”
“Fael..kita discuss di rumah okay”
“Okay..Pak Aziz dah lama tunggu Fael kat kereta. Bye aunty!”
“Bye! Take care!” talian dimatikan. Dia
melangkah kea rah kereta audi hitam. Pak Aziz sedang menunggunya ditempat
pemandu.
**********************
“Kenapa aunty senyap bila bicara tentang Zara? Permintaan Fael tu
terlalu sukar untuk aunty tunaikan ke?” tengku Maisara memandang Tr dengan
pandangan sayu.
“FAel..bukan aunty nak rahsiakan selamanya tentang Zara. Tengok, baru je
sekejap Fael pergi ambil result balik terus tanya Zara. Hal ini memang sukar
dan rumit untuk aunty beritahu” dahinya
berkerut. Cuba faham apa sebenarnya ingin disampaikan oleh aunty.
“Zara ada buat salah ke?” itu andaianya tetapi salah apa? Salah menyukai
dirinya. Tengku Maisara mengeleng. Dia bangun memeluk bahu TR.
“Tak. Zara budak baik Fael tetapi tuhan lebih menyanyanginya dari kita” semakin erat pelukan Tengku
Maisara. Dia mahu TR tabah menghadapi berita mengejutkan ini.
“Apa?” dia mendongak. “Fael tak faham, apa cuba aunty sampaikan?”
“Zara dah tak da Fael. Dia dah meninggal pagi tadi” ujar Tengku Maisara
mula menangis.TR terus bangun dari sofa, ditolak lengan aunty Maisara yang memeluk bahunya. Bagaikan dilanggar
keretaapi tubuhnya, hancur berkecai dan hatinya bagai sakit ditikam pisau yang
tajam. Jantungnya bagai terhenti dan seluruh urat darahnya terasa mengilukan
seluruh badan.
Sakit! Dia memengang dada. Tr berkali-kali mengeleng kepalanya. “Bohong!
Pagi tadi Fael telefon Mak Leha, dia cakap Zara dah tak pakai alat penafasan
dan mesin hayat. Tak mungkin Zara… tidak! Aunty tipu, kalau tidak pasti mak
leha dah bagitahu Fael”
“MAk leha tak sanggup Fael, dia nak Fael terima berita gembira dulu
dengan keputusan Spm dari berita kematian Zara”
TAk!!!!!!!!! “Bohong!!!!” dia mengeleng kepala. Sakitnya dada. Ditumbuk
dadanya.
“Fael..”Tengku Maisara memeluk tubuhnya sambil menghalang perlakunya
yang menyakiti tubuhnya sendiri.
TR jatuh terduduk. Air matanya mengalir jua. Gadis itu, dia cintai.
Gadis itu, dia ingin miliki. Gadis itu, dia rasa mati. Dia memejam mata
rapat-rapat.
Dia tersedar semula. Dia bingkas bangun sambil mengesat juraian air
matanya. “Fael tak percaya. Fael nak telefon Mak leha sendiri”
Tengku MAisara melihat tingkah laku TR. ‘ hanya sementara, fael akan
kembali normal’
“Mak leha... mana Zara? Dia sedar tak lagi” tr terus menyoal sebaik
sahaja panggilannya dijawab.
“Tengku, maafkan Mak Leha” ujar Mak leha dengan tangisan teresak-esak.
Jantungnya berdegup kencang.
“ Mak leha mintak maaf”
“Maaf? Orang tanya mana Zara!” ditengkingnya tak puas hati. Tangannya
menarik rambutnya tak puas hati.
Tengku maisara melihat Tr dikala itu seperti
mati bini.
“Zara dah takda, kita kena redha dia pergi” prangg!!! Terus handphonenya dibaling dan mengenai pasu bunga yan terletak disudut dinding. Berkecai! Seperti hatinya.
“Orang tak percaya, Fael nak pergi tengok sendiri”
“Fael, jenazah Zara baru
dikebumikan tadi.” Tengku Maisara terkejut dengan tindakan g Tr tadi. ‘hanya sementara’ pujuk hatinya.
Tr jatuh terjelepuk ke lantai. Dia menangis mengongoi seperti anak kecil menghadapi
kesakitan yang amat sangat. Baruu semalam dia
rasa bahagia mimpikan Zara. Bermain dengan Brownie. Baru tadi mengambil result untuk Zara, dia memasang
angan-angan unuk sambung belajar bersama dan Baru tadi juga dia yakin depan
Luqman cinta zara miliknya.
“Ingat Tr, jodoh itu rahsia tuhan”
Doa?
Itulah rahsia tuhan.
Zara….
“fael.”
Zara..
“fael.”
Zara I love you
“Fael..” dia tersedar, itu suara aunty “ jangan sedih,aunty ada sayang,
tabahkan hati sayang”
“Aunty…”serak suara TR itu berbunyi dalam pelukanya.
“Susshh…aunty ada sayang” Tengku Maisara mengusap lembut belakang tubuh
anak muda itu
Dia memejam mata membiarkan tubuhnya dipeluk erat aunty Maisara. Terasa
seperti dia pernah lalui keadaan sekarang. Disaat dia kehilangan orang
tersayang, Mummy dan daddy namun kehilangan Zara lebih terasa kerana dia sudah
mengerti maksud ‘kehilangan’
“petang nati kita ke penang. Kita ke pusara Zara” dia sudah tidak mampu
mendengar lagi.
Pusara?
Jenazah?
Kebumikan?
Semua itu kematian Zara. Baginya Zara tak mati. Hatinya masih lagi
rasakan yang Zara belum mati. Zara hidup untuk bersamanya.