salam...suma follwer..fn mintak maaf buat korang mnunggu stgah abab..fn bz time cutilh baru nak mng'update'kan diri dengan blog sowi....
so..layan new song by bap angel...adik fn yang kat best fn layan je..satu lagi fn nk ucap tqvm pada yg mmberi komen. komen korang buat fn syg nk tinggal blog ni... so enjoy dengan citer merapu fn ni last tq juga untk adik yg byk mmberi galakkan dan semnagt... =))
Bab 36
D melihat
Zara, sekejap-sekejap gadis itu melihat handset Samsung Notenya. Hai…sebelum ni
tak pernah pun, sekarang dah macam orang
kena asmaradana tak sabar-sabar tak tengok sms masuk ke tak dalam inbox.
“Za..asal
macam orang angau bercinta ni?” D membisik ke telingannya. Dipandang D sekilas,
secarik senyuman untuk lelaki lembut itu. Dia kembali mengubah bunga untuk
majlis yang ditempah oleh hotel pemilik syarikat shopping Mall ni.
“Aku Nampak
macam tu ke?” sempat dia menyapa pipinya dengan tangan sekali lalu. Tersengih
memandang D yang masih memandanganya. “Nampak sangat ke?”
D
mengangguk. D mengambil bunga dari tangan Zara lalu diletak tepi. Biar dia
berbicara secara ‘live’ dengan gadis bertudung itu.
“Kau dah
jatuh cinta ek?” nglup! Nampak sangat ke? tak kan dia jatuh cinta cepat sangat
dengan si charming gunung ledang tu.
“Tak
lah..mengarut je kau ni. Dah! aku nak siapkan bunga background pentas tu nanti”
“Za..”
“Ape?”
“Bukan
luqman kan?”D cuba meneka. Dia pasti Zara bukan angaukan si Luqman tu. Kalau
betul pasti gadis tu dulu nak je cepat bertunang dengan Luqman. Dia tahu juga
Zara kalau sukakan sesuatu dia akan cuba buat yang terbaik untuk seseorang
dengan melihat dari semangat gadis tu
tentang cinta.
“D….” Zara
dah membulat mata. Dia jadi rindu tetiba dengan si charming gubung ledang tu
sebelum ni tiap-tiap hari hantar sms bila sudah seminggu cukup si charming
gunung ledang itu seolah menguji tahap rindunya. Haila..mau tak keruan jadinya
bukan sms jiwang karat pun just say
‘ Hai buat
ape tu?’
‘Dah makan
belum’
‘Dah solat belum?’
Paling dia tak lupa..forget me not kay.. dulu luqman
hantar ayat biasa ni tak dia rasa seperti luar biasa pun.
Apa dah si charming
gunung ledang tu dah buat dengan hatinya. Pencuri
Nak je dia
samakan lagu Mark Adam pencuri tu dengan si charming gunung ledang tapi mereka
bukan bercinta zaman kanak-kanak mahupun remaja, dewasa ni je tu pun kejap je
jumpa sebab-sebab yang tak dijangka,pertemuan dan perjumpaan tak sekerap
seperti uda dan dara yang bercinta pun tapi dia…dah angau berbagai sampai si D
boleh hidu.
“Sah bukan Luqman.
jangan kau mengaku yang kau suka si mamat model tu?”
“Tak
lah..aku tunggu message dari acik la” dia cuba menidak. Giler! Kalau mengaku.
Mahu di sembur Si D sebab si charming gunung ledang tu di black list ‘anak
ikan’ itu semua gara-gara teori si Kinah. Anak ikan lah, gigolo
lah..haila..kesian mamat tu kalau tak betul naya je kena fitnah. Dosa si Kinah
dan jugak mereka yang turut mempercayainya termasuk dia.
D sibuk
membantu pekerja lain menyusun bunga-bunga segar di sepanjang laluan utama ke
stage. Zara memandang D. lelaki lembut itu tidak menyedarinya. Perlukah dia
beritahu D hakikat sebenar hatinya sekarang. Hatinya sekarang berperisa.
“Za..asal
tak beritahu budak-budak tu balut meja sekarang, kita dah tak da masa”Kinah
membebel tiba-tiba, dia tak pasti bila kehadiran Kinah disebelahnya. Dia
mengjungkit bahu.
“Lorhh…kau
ni kenape? Mengong pepagi ni” Kinah saja buat marah. Senyuman serius
dibibir gadis boyish itu. ada ke senyuman serius? Ada bila muka nak marah
tetiba tak jadi marah sangat sebab dalam hati ada taman.
“Kau
teringat mamat model ke?” si Kinah sekor lagi meneka. Haila Nampak sangat ke?
Dia mengerut dahi.
“Tak
la..mana ada, buat apa nak teringat dia. Baik aku teringat acik aku kat
kampong”
“Na…tengok,
patutnya kau jawab ‘baik aku teringat Luqman kat Hong kong yang tengah
berkursus” cehhh…
Zara
berlalu pergi. KInah ketawa mengejek ‘Za..za.. nampak sangat kau tak rindu si
Luqman tu’
Zara ke
toilet. Dia melihat dirinya dicermin toilet sambil membiar air dari pili
mengalir….dia kemudian tunduk membasuh wajahnya.
Rafael….
Fael…..
“Zara..Zara..Zara..”
“Fael..Fael..Fael..”
kepalanya mula berdenyut. Zara memicit lembut dahinya.
“Zara.. I
love you”
“ kata la Fael I love you too” Dahinya
terasa dijentik lelaki itu
Auuchhh… “ sakit la”
“Fael I love you too” Zara tunduk. Dia jadi blur sekejap
Semakin
berdenyut kepalanya. Pandangannya jadi kabur namun disaat itu jelas wajah
lelaki seiras Rafael tetapi lelaki berbaju sekolah tersenyum memandanganya
dengan menggalas beg sandangnya ke bahu.
“Zara…
“panggil lelaki itu.
‘Ya
Allah..sakitnya” dia terus jatuh terjelepuk ke lantai toilet itu.
*****************************************************
“Cancellah..”gadis
berambut perang paras bahu itu memeluk tubuh sendiri. Diwajah keanak-anakan itu
Nampak sedih dengan apa yang terpaksa diucapnya tadi
“Betul ke
Nelly?” Tengku Maisara datang mendekati anak sedara sepupunya. Dipeluk bahu
gadis itu. “Nelly dah berbincang dengan Fael?”
Gadis itu
mengangguk kecil. “Nelly sayang abang Fael, Nelly tak nak dia jatuh sakit.
Mesti dia sukar nak terima Nelly sebab tu dia jatuh sakit”
Gadis itu
sudah menangis teresak-esak. Tengku Maisara menarik Nellykedalam pelukan sambil
memujuk gadis itu. “Fael beritahu dia jatuh sakit sebab pertunangan ini ke?”
“Dia Cuma
boleh anggap Nelly seperti adik kandungnya. Mana mungkin dia nak teruskan
perhubungan seperti suami isteri”
“dia demam
je Nelly bukan sakit teruk”Tengku Maisara cuba memujuk namun disudut hatinya
seolah menyalah dirinya kerana memaksa TR menerima pertunangan yang bakal
berlangsung hujung minggu ni.
“kita beri
ruang untuk Fael berehat ye” Nelly mengangguk.
Tengku
Maisara terpaksa batalkan pertunangan itu dan majlis tetap berlangsung hanya
anniversary hotel itu saja.
Tr bangun
ke kamar mandi. Dia perlu mengambil whuduk. Tadi dia terlepas solat subuh.
Badan terasa lemah sangat. Sewaktu dia berlalu ke kamar mandi langkahnya
terhenti di meja sudut kamar tidurnya itu. sebe;ah pintu kamar mandinya.
Iphone 5
diambilnya… ‘bintang pelangiku’ dilihat skrin iphone 5.
Dibuka inbox,
mata Tr membulat melihat mesej dari Bintang pelangiku ‘ Awak kat mana?’
Lagi satu
mesej dibukanya dari bintang
pelangiku ‘Cepatlah..saya nak belanja
awak, biar cepat habis hutang kita’
Senyuman
dibibirnya terukir tanpa dia sedari. Tr tiba-tiba terlihat dirinya dicermin solek sewaktu
mengangkat wajahnya. Sakit ke aku?
Aku pernah
sakit dulu…..
Sakit hati
terus sakit seluruh badan. Dulu bubur Zara pengubat sakitnya…sekarang mesej Zara
pulak. Dia zara ke?
Wajah itu
ada iras-iras Zara berusia 18 tahun walaupun Zara sekarang Nampak lebih matang.
Mungkin Zara tak kenal dia yang sekarang yang berusia 27 tahun.
Pantas dia
mencari nombor seseorang yang perlu dia mintak bantuan. Nombor itu dijumpai, pantas
jarinya menyntuh skrin dail.
“hello..bro”
“Hello..Assalammualaikum..”
“Waalaikumussalam..haa,
aku dengar ko nak bertunang ek?”
“Tak jadi..”
“Erkkyaah…biar
betui? Aku dah jumpa adik sepupu ko,
boleh tahan bro”
“Paan,
nanti kita jumpa adahal aku nak discus dengan kau”
“Okay..okay…”
dia tak cakap banyak. Dia mahu berdepan dengan Paan. Diletak iphone5 diatas cabinet.
Dia ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Jiwanya tenang setelah mengadap yang
Esa
“Tengku
resah ek?”
“Asal kau
nak menyibuk” gadis itu tersengih.
“Tengku
berdoalah selalu mintak kat tuhan supaya diberi hati yang tenang”
Disaat itu
nak je dia lekuk kepala gadis itu,namun nasihat itu sampai sekarang bagai ubat
bius penyembuh luka yang sentiasa dia ingat diri saat dia hatinya resah, tidak
tenang.