Bab12
Sudah kali ke tujuh dia turun naik tangga ke biliknya
kejap, kemudian turun ke ruang makan kemudian beraliah pulak ke ruang tamu.
Kosong!
Itu yang dia
rasakan sekarang. Dia mencari seseorang. Senyuman yang member warna pelangi
indah buatnya. Namun pelangi itu tiada, pergi menghiasi dada langit cinta yang
lain. Dia hampa!
“Tengku…” tegur Mak Leha yang setia melihat tingkah
laku TR seperti orang gelisahkan
sesuatu. Tr berpaling. Senyuman Mak Leha menyapa lembut. Dia tersenyum sedikit.
Digaru dagunya. Apa yang ingin dia Tanya kepada mak leha? Tanya kemana Zara
pergi dengan Luqman?
“Tengku ada masalah ke?” Mak Leha masih setia mahu
mengambil berat perihalnya.
“Kalau ada masalah bagitahu Mak Leha, mana tahu Mak
leha boleh bantu?”
Hairan! TR sebelum ini tak pernah tawaf rumah agam ni.
kalau pergi haji tawaf boleh dapat satu saf dah.
“Hurmm..orang ingat nak suruh Zara cuci kasut sukan,
dia pergi mana?”itu saja ayat dia mampu tanya.
“Kan tadi Zara bagitahu Tengku, dia keluar dengan
Luqman, kawan sekolah korang.”
“itu orang tahu tapi kemana diorang pergi??” huh?
mintak-mintak Mak Leha bagitahu.
“Entah..Zara cakap nak keluar jalan-jalan je” kalau
dia tahu Mak Leha pun tak tahu ke mana
tempat Zara dan Luqman pergi, dia tak kan tanya. Dia naik geram. Tanganya sudah
mengempal penumbuk. Terus kakinya melangkah ke gelangang basketball. Macam
biasa dia mengambil bola keranjang itu lalu dilontar ke dalam jaring gol.
Dia teringat Zara…..
“Tengku..hari ni saya nak keluar jap” dibibir comel
itu menguntum senyuman yang indah. Dia yang sedang menikmati sarapan semakin
berselera. Renungannya pada wajah itu semakin mendalam. Dia terfikir. Keluar? Zara mahu keluar dengan
siapa?
“Dengan siapa?”
“Luqman” kentang goring yang baru nak dikunyahnya
diletak semula dalam pinggan. Senyuman Zara hilang. Pandangannya menikam
pandangan halus itu.
“Aku dah kenyang…” dia menolak kerusi ke belakang
member ruang untuk dia berdiri .
“kalau kau nak keluar dengan sesiapa pun buat apa beritahu
aku. Ada aku kisah? Hal kau tak penting pun bagi aku”
Langkahnya diterus menaiki tangga untuk ke biliknya.
Patutlah Zara nampak cantik hari ni. Sebelum ni gadis itu hanya memakai t-shirt
lengan panjang, seluar track dan bertudung biasa tapi hari ini pakai blaus warna merah, warna
favouritenya pulak. Blaus itu dipadan
pula dengan seluar slack. Nampak zara semakin cantik dimatanya. Gadis itu
bertambah cantik dengan selendang yang dililit kemas. Pandai pulak bergaya!
Hatinya cemburu. Bertambah cemburu bila Zara keluar dengan Luqman. Kalau dengan dia tak pe
jugak.
TR melontar lagi bola ke dalam jaring entah kali ke
berapa dia menjaringkan bola itu ke dalam gelung basketball. dia menarik nafas!
Hujung minggu yang membosankan. Ada pembantu tapi keluar berhibur dengan jantan
lain. Kalau dia tahu ke mana Zara dan Luqman itu pergi pasti akan disuruh Pak
Aziz menghantarnya ke sana.
Kenapa perlu ada Luqman, antaranya dengan Zara? Kenapa
perlu wujudnya rasa suka antara dia dan zara? Gadis itu seperti pelangi.
Cantik! Ceria dan mempersonakan hati arjunanya. Ketawa, senyuman gadis itu
Nampak suci dan tulus tanpa paksaan atau kepura-puraan. Dulu dia tak pernah
menilai NAtasya sebegini seperti dia menilai Zara. Dia hanya pandang Natasya
seorang gadis yang cantik dan menggoda.
Sekarang senyuman Natasya bagai kaca yang tak bernilai
apa-apa. Dia tidak teruja! Ya…dulu mungkin dia tertarik dengan kecantikan gadis
itu. bila semakin dia mendekati gadis itu semakin tiada apa yang menarik hati
arjunannya. Tetapi zara lain…
Dia teringatkan Zara lagi..
“Tengku…”senyuman
yang selalu terukir dibibir comel itu menyapanya. Dia telan liur. Jantungnya
berdegup kencang. Kalau ikutkannya mau jek di tarik jantung itu keluar. Rimas!
“Jeng..jeng..jeng..Cantik tak?”pandangannya jatuh pada
ukiran bintang yang diperbuat dari kayu. “ star for you my prince”
Hatinnya berbunga. Dia tahu zara mempunyai kreativiti
dalam kraf tangan. Zara pandai melukis, mengukir dan menyulam, itu kelebihan
gadis yang memiliki sepasang mata bundar yang cantik.
“Buat apa?” soalnya seperti orang bodoh. Dia rasa
gembira ter’amat’ sangat namun dia cuba control dirinya sehinggakan dia sendiri
jadi gugup berhadapan dengan gadis itu.
“Tengku kan suka bintang?” yeke? Setahunya yang sukakan bintang adalah gadis didepannya
sekarang
“Asal kau kata aku suka bintang pulak?”
“Malam tu tengku teruja tengok bintang” gadis itu
tayang gigi sambil mengangguk kepala seolah-olah menyuruhnya mengiakan.
“Nope! Aku just tengok aku tak kata aku suka” dia cuba
control diri lagi.
“I see….okay tak pe la saya silap la kalau macam tu”
Zara sudah menarik semula kayu yang diukir menjadi bentuk bintang itu.
“eh..ehh..nanti dulu..” dia menghalang langkah gadis
itu.
“aku tak kata aku tak nak bintang yang kau bagi ni”
dirampas terus bintang itu dari tangan Zara. Sejak itu siang malam dia asyik membelek
bintang kayu yang diukir oleh Zara itu.
Namun perasaan teruja mati pada pemberian Zara bila
mana dia melihat Luqman juga ada mempunyai bintang yang sama sepertinya. Pasti
dari Zara juga. Cuma bintang Kepunyaan Luqman ditebuk dan dipasang gelung besi
yang kecil dan dijadikan key chain digantung pada beg sekolah lelaki itu.
Dia pasrah lagi. Kenapa dia boleh tewas oleh Luqman?
Sedangkan dia adalah King! Segalanya adalah miliknya! Zara miliknya. Semua
milik gadis itu adalah miliknya!
Arghhhh……dia menjerit sekuat hati. Ditepis bola
keranjang itu dengan kuat . Mak Leha berlari anak melihat apa yang terjadi
dengan TR. dilihat anak muda itu duduk
menyembam muka di atas lantai. Apa kena dengan TR ni? datang bulan ke? tadinya
di tengking anak sedara aku sekarang mengamuk sendirian pulak? Sewel ke?
“Tengku..tengku taka pa-apa ke?”tegur Mak leha sambil
memegang bahu anak muda itu. TR mengangkat kepalanya. Mata anak muda itu basah!
“Mak leha..orang sakit!” dahi mak leha berkerut.
Sakit? Teruk agaknya sakit si TR ni kalau tidak sampaikan menangis. Tangan TR
asyik menekan dada saja. Sakit jantung ke?
“Tengku sakit apa? Nak Mak Leha panggilkan Doktor
Husna? Atau telefon Puan Maisara?” cepat-cepat Tr memengang tangan mak leha
cuba menghalang.
“No..jangan Mal Leha, orang dah okay” TR bangun
berdiri berdepan dengan oarng tua itu. tahu tak anak sedara Mak Leha yang buat
orang sakit!
“Ingat Mak Leha..jangan telefon doctor Husna dan yang
penting sekali Mak leha jangan sesekali telefon aunty..faham! kalau Mak Leha
buat jugak siap!” ek..ena..budak ni nak je aku ketuk
kepala tu dengan sudip ni. Ugut aku pulak. Biarlah kau nak sakit ke nak
mampus ke. lantak ler! Marah Mak leha dalam hati.
Selalunya tengku maisara pesan kalau TR sakit, hatta
selsema dia bertanggungjawab untuk memanggil doctor peribadi keluarga itudatang
ke villa ini. Tetapi TR selalunya suasah nak jatuh sakit kalau sakit teruk pun
time TR umur 10 tahun. Itupun sebab budak tu terlalu rindukan mak dan ayahnya.
Setakat selsema, sakit kepala budak tu jarang mengadu. Sampai dia kena tegur
dengan Tengku Maisara kerana tidak memberikan
ubat selsema pada TR. itu saja sikap TR
yang dia suka. Tak suka mengadu hal remeh, sakit sikit-sikit anak muda itu
boleh jaga sendiri.
TR sudah meghilang ke biliknya ditingkat
atas. Mak leha ke dapur basah semula menyambung tugasnya tadi mengoreng sayur .
****************************************
“Assalamualaikum…acik, Zara dah balik” Zara
menghampiri Mak Leha yang sedang melipat telekung. Baru lepas solat zuhur.
Diraih tangan Mak Leha lalu tunduk menyalami dan mencium tangan tua itu.
“Waalaikumussalam..hurmm..acik ingat Zara nak balik
malam?” Zara memeluk tubuh Mak Leha dari belakang. Dicium pipi bersih orang tua
itu.
“Acik perli ek? Giler nak sampai malam kalau macam tu
baik Zara bermalam je kat rumah dia” Zara tersengih..
“Ni..nak rasuah acik la siap bagi kissing maut. Bodek
tak nak bagi acik leter la tu”
“Aiyoo..tada la acik..orang happy je” Zara meletak beg
sandangnya diatas katil. Dia melabuh punggungnya di atas katil itu juga sambil
memerhati aciknya yang sedang melipat sejadah.
Dia membuka lilitan selendangnya. Kemudian dilerai
ikatan getah rambutnya membiarkan rambut lurus melepasi bahu itu bebas untuk
‘bernafas’.
“Happy? Zara ada apa-apa ke dengan Luqman tu?” Mak
Leha datang menghampirinya kemudian melabuh punggungnya ke katil disisi Zara.
“Tak da la..kita orang kawan je Acik, Luqman tu
banyak sangat bantu Zara kat sekolah.
Seronok kawan dengan dia”
“Tapi bagi acik lain. Acik tengok Luqman tu macam berminat
dengan Zara?” Acik sengaja mengusiknya. Pipinya sudah terasa kebas.
“Mana ada. Rasanya Luqman dah ada someone. Siapa la
Zara, acik…” dia sudah melentok kepalanya ke bahu acik. Tak pernah difikirnya
untuk mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan. Dia suka luqman sebagai
seorang kawan. Titik!
“Rasa tak sepadan..dia anak orang berada juga acik.
Zara?”
“Tadi pergi ke mana lagi?”Aciknya cuba mengubah topic
lain.
“Jalan-jalan sambil makan aiskrim, lepas tu kita orang
pegi lepak kat kedai buku, teman Luqman cari buku revision dia”
“Itu aje?”
“Ye..itu ajer..” Zara mengangguk laju. Dia tak buat
‘benda bodoh’ tu. Selain jalan-jalan dengan luqman, mereka tak da buat ‘benda’
lain. Pegang tangan pun tak..
“Asal kecut je? Ingat acik nak buat penapisan ke? soal
siasat sampai ke lubang cacing. Acik percayakan Zara” Mak leha tahu Zara bukn
jenis budak liar. Tahu jaga diri. Zara sudah didik sepenuhnya oleh Amna, Ibunya
zara.
“Bagusla..takut juga Zara. Nanti acik ingat Zara ni
buat kerja tak senonoh belakang acik”
“Ni..dah solat zuhur ke belum?” soal acik sambil
menepuk pehanya.
“Belum lagi.”
“Dah..pergi solat dulu lepas tu kita makan tengahari
sama-sama”
“Baik bos!” Zara bingkas bangun berdiri tegak sambil
mengangkat tangan ke dahinya. Tabik hormat.
Dia meletak selendangnya di penyidai besi dan menyalin baju t-shirt
biasa dipakainya dirumah.
“Eh..tak mandi ? ganti baju je?”
“Hehe..panas la acik bagi sejuk badan dulu”
Sebelum dia ke kamar mandi dia teringatkan TR. senyap
je? Pergi menunggang kuda dengan ‘geng’ dia ke?
“Tengku dah makan ke acik?” soalnya sebaik keluar dari
kamar mandi setelah usai mengambil wuduk. Acik yang sedang mencedok lauk
kedalam pinggan berpusing melihatnya.
“Tak tahu ler..acik dah panggil dia turun makan tadi.
Dia kata kenyang lagi. Dah tiga kali acik turun naik tangga tanya dia tapi jawapan yang sama je.
Malas la acik. Lenguh lutut ni turun naik tangga”
Zara senyum kelat.
‘Nape dengan TR?’ Ada masalah ke? bergaduh dengan
Natasya ke? baik dia solat dulu. Zara berlalu masuk ke dalam kamar tidurnya
untuk bersolat dulu.
Setelah usai solat Zuhur. Dia keluar ke ruang dapur melihat
acik sedang membancuh sirap bandung. Delicious! Dia dah telan liur.
Mereka makan bersama-sama di meja kecil terletak
diruang dapur memasak. Itu tempat mereka menjamu selera. Melainkan kalau ada
Tengku Maisara, wanita itu akan mengajak mereka menjamu selera di ruang makan
yang selalu tempat Tr bersantapan.
Selesi makan, zara menolong acik memcuci pinggan dan
gelas di sinki.
Dia teringatkan TR. “Tak keluar bersosial ke TR hari
ni?”ngomelnya
“Zara..teringat siapa?” tegur acik bila gelas yang
disua tidak bersambut.
“Hah? Tak da la..”
“Ingat Luqman la tu?” usik acik sambil memercik air ke
wajahnya. Dia ketawa.
“Tak la..” dia mengelap gelas yang diberi acik tadi. “
Tengku tak keluar pegi mana-mana ke acik?”
“Tak..ada kat biliknya tu. Nape?”
“Selalunya hari cuti ada je aktiviti yang dia buat.
Macam sebelum ni tiap-tiap petang dia pergi menunggang kuda dengan
kawan-kawanya. Paling tidak pun sebelum ni hang out dengan si Natasya . tak pun..
dia belajar pedang ke, belajar judo ke?”
Acik geleng kepala sambil tersenyum melihatnya. “Zara
heran ke?”
“haah..heran dan pelik?”
“Acik rasa Tengku sakit kot?”
“Haa? Sakit? Asal acik tak telefon doctor?”
Dia menyusun pinggan dan gelas yang dilap ke rak. Acik
berjalan ke kerusi di meja makan mereka tadi kemudian melabuh punggungnya ke
kerusi meja makan itu.
“Dia yang tak kasi..tadi waktu acik memasak kat dapur
acik dengar dia mengamuk sorang-sorang bila acik pegi dekat dia, acik tegur
dia. Dia menangis sambil kata kat acik ‘ orang sakit’” acik meniru aksi TR.
mahu jek terburai ketawa Zara melihat lakonan acik yang berkesan itu.
“Lepas tu acik kata la ‘ nak mak leha panggilkan
Doktor Husna atau telefon aunty Maisara”
Zara mengulum senyuman. Bukan dia menyindir Tr tapi
dia rasa lucu melihat lakonan acik yang Nampak
real je. Acik boleh mintak job dengan Emma Fatima lepas ni.
“Tengku terus halang acik siapa ugut acik. Dia kata macam ni ‘ jangan telefon Doktor
Husna dan jangan sesekali telefon aunty Maisara kalau tidak siap Mak leha’.
Acik apa lagi terus ke dapur malas nak ambik tahu hal dia. Berlagak. Orang nak
tolong ada ke diugutnya acik ni”
Zara mengangguk kepala.
Patut la acik
buat ‘derk’ je bila dia tanya pasal TR, rupa-rupanya acik jauh hati dengan
sikap TR.
“tak pe la biar Zara panggilkan dia”
“hati-hati Zara, acik takut dia baham Zara je bila
masuk kandang dia” ketawa dia terburai
melihat acik membuat action harimau siap jegil mata lagi.
“Zara rasa dia ada masalah dengan Natasay kot? Diorang
kan pasangan kekasih. Selalunya Zara tengok dalam tv kalau orang berkasih kerap
bergaduh”
“yelah kot..baca bismillah banyak sikit” pesan acik.
Zara melangkah
naik ke tingkat ats untuk ke bilik TR. Sebaik sampai dimuka pintu. Dia megetuk
perlahan-lahan. Senyap! Tiada jawapan. Tidur ke?
Sekali lagi dia mengetuk sambil memanggil si tengkujuh
itu. Jawapan yang sama. Tiada sahutan. Tidur mati ke?
Dia cuba memulas tombol pintu itu perlahan-lahan.
“Tengku..saya masuk ni, tadi saya dah panggil Tengku tak jawab pun.”
Pandangannya jatuh pada sekujur tubuh yang terlentang
di atas katil itu. Tidak bergerak. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh itu.
“tengku..”
Mata TR masih terkatup. Tak kan tidur kot? Dipegang
bahu lelaki itu kemudian digoncang tubuh itu berkali-kali. Tak da respon! Mati
ke?
Oh..tak mungkin. Dia melihat dada lelaki itu masih
turun naik bererti masih bernyawa. Mahu tak mahu terpaksa juga dia meletak
tangan ke dahi lelaki itu. panas!
TR demam panas. “Tengku..tengku bangun, tengku demam
ni”
Dia tidak
menunggu lama dalam bilik itu. cepat-cepat dia bergegas turun ke bawah
untuk memberitahu acik yang TR demam.
Sebaik saja dia memberitahu acik.
Terus acik menefon Doktor Husna, doctor peribadi keluarga itu.
Zara melihat Doktor Husna sedang memeriksa TR. Selesai memeriksa lelaki itu doctor Husna
berjalan ke arahnya.
“Saya akan sediakan senarai ubat yang perlu dia makan.
Nanti saya akan suruh Pak Aziz ambik di klinik
saya”
“Doktor tengku taka pa-apa ke?” Zara sudah meramas
jari jemarinya. Bimbang akan keadaan TR. tak pernah dia meliaht lelaki berlagak
itu sakit. Tetapi bila melihat keadaan
lelaki itu lemah dia simpati.
“It’s okay..dia cuba hyper stress dan cuaca yang panas
membuatkan dia kekurangan air dalam badan. So saya galakan awak selalu berikan
dia air putih banyak sekurang-kurangnya
lapan gelas sehari” senyuman doctor berusia lewat 30 an dibalasnya mesra.
” Awak ni adik Tengku Rafael ke?”
Doctor Husna m=sengaja meneka. Dia tahu Miasara hanya
mempunyai anak sedara lelakinya seorang sahaja.
“Ehh..tak, saya pembantu dia je”
“Oo..muka nak sama je..” dia tayang gigi sambil mengangguk. Yeke? sama ke? sebaya tu adalah.
“kalau ada apa-apa telefon saya..” ramah doctor muda
itu.
“Doktor jemput minum dulu” pelawa acik sambil menatang
dulang berisi segelas Jus kiwi.
“Taka pa Mak leha. Saya tak boleh lama. Lagipun saya
ada hal” dengan sopan Doktor Husna menolak pelawaan acik.
Sebaik menghantar doctor Husna ke kereta. Dia terus ke
dapur melihat acik menghidang makanan ke dalam dulang.
“Acik nak Tengku makan lauk ni ke?”
“nape?”
“Tengku kan sakit. Zara nak buatkan dia bubur nasi
lagipun zara dah biasajaga orang sakit. Dulupun mak sakit bertahun. Mak susah
nak telan nasi selalu suruh Zara buatkan bubur nasi kat dia” Zara tersenyum.
Indah sangat bila teringatkan mak.
Mak Leha membalas senyuman anak gadis itu. zara memang
anak yang baik. Bertuah AMna ada anak seperti Zara. Prihatin!
“Baiklah..Zara buatlah bubur kat tengku. Acik nak buat
kerja lain. Lagipun tentu tengku lapar seharian tak jamah nasi. Pagi tadi pun
makan kentang goring tu pun dua tiga potong. Emo tetiba je”
Zara mengangguk. Kemudiaan dia berlalu ke dapur memasak bubur nasi untuk TR. setelah usai
membuatkan bubur nasi dia menghidangkan ke dalam dulang untuk di bawa ke bilik
TR. Segelas air putih dan ubat diletakkan bersama.
Dia menolak daun pintu itu. dilihat Tr sedang tidur
mengiring badan. Dia menghampiri tubuh lelaki itu. Diletak dulang berisi bubur
tadi ke meja disisi katil.
“Tengku…”panggilnya lembut. Digoncang lembut bahu
lelaki itu. TR membuka matanya. Jelas kelihatan wajah yang selalu hadir dalam
mimpi indahnya. Tr mengeliat sambil cuba
membangunkan dirinya. Zara cepat-cepat membantu. Dia mengambil bantal lalu
disendal dibelakang TR untuk menyandang kepala.
Senyuman manis gadis itu menyeri taman hatinya.
Pelangi indah muncul semula. Dia masih lagi memandang paras wajah itu.
“Saya bawakan bubur nasi untuk Tengku. Makan sikit
ye..” pujuknya
“Aku tak ada selera nak makan..” serak suara lelaki
itu.
Zara mengulum senyuman.
“Makan la Tengku..sikit je. Bubur nasi ni saya buatkan
untuk Tengku. Kalau tengku nak tahu bubur nasi namanya bubur nasi ‘kasih
sayang” mata TR masih setia dilaman wajah putih bersih itu.
‘bubur nasi ‘kasih sayang’… Zara buatkan untuknya. Pantas
TR menegakkan badannya.
“Kenapa namakan ‘kasih sayang’” dia inginkan
kepastian. Adakah zara ikhlas memberikan kasih sayang kepadanya melalui bubur
itu.
Zara ketawa kecil. “Waktu mak saya sakit. Dia suruh
saya buatkan bubur. Bila saya buatkan untuk dia, berselera dia makan dan dia
Nampak sihat. Saya namakan bubur kasih sayang kerana bubur ini buat orang yang
kita sayang , sihat .” Rahang TR jatuh ke bawah.
Terharunya. Dia suka bila Zara mengatakan ‘bubur ini dibuat
untuk yang kita sayang, sihat’. Zara berharap dia sihat. Dia akan sihat jika
kasih sayang Zara menyiram taman di hatinya.
“Nah..ambik la bubur ni, makan”zara mengunjuk mangkuk
berisi bubur kepada TR. TR memndangnya dengan hairan. Dahi lelaki itu berkerut
kemudian memandangnya seperti tidak faham apa yang dimaksudkannya.
“Makan la..” Dia senyum. Kata mak, bila orang sakit
tengok kita senyum separuh dari sakit itu akan berkurangan.
“Apesal kau bengap sangat. Aku sakit macam mana nak
makan?” senyumnya bertukar rasa. Pahit!
Sakit-sakit pun boleh marah orang memang si tengkujuh!
“Cuba Tengku angkat tangan ke mulut” TR mengikut
arahan gadis itu walhal dia tidak faham maksud gadis itu.” haa..boleh pun
sampai ke mulut”
Zara ketawa. Dapat menggenakan si tengkujuh. Ada dia
kata aku bengap. Dia Cuma demam bukan patah tangan. Boleh je nak disuap sendiri.
Mengada!.
TR merengus kasar. Tangannya menepis mangkuk itu. “
Aku takde selera nak makan..”
Akhirnya Zara mengalah. Dia senyum semula.” Okay..saya
tolong suapkan ey?”
TR memandang semula laman wajah comel itu. dia telan
liur. Zara macam buat iklan bubur nasi yang menyelerakan. Mau tak mau dia
terpaksa menepis egonya. Diangguk kepala mengiakan pelawaan Zara.
“Haa..nganga la Tengku” Zara sudah menyua sudu berisi
bubur msauk ke mulut TR. Tr membuka mulut menelan bubur’ kasih sayang’ buatan
Zara itu.
Matanya ralit melihat laman wajah putih bersih itu
menyuap bubur ke mulutnya. Zara perasan mata TR bergayut di wjahnya. Apa la nak
dicari kelemahan aku si tengkujuh ni. nak cakap aku ni hodoh lagi la tu.
“Kau dah makan?” bicara lelaki itu kedengaran lembut
menyapa telinganya. Dia memandang wajah lelaki kedekut senyuman itu.
“Dah. Sedap tak bubur ni?” zara tahu pasti lelaki itu
akan mengatakan tidak sedap. Dimulut lelaki itu tiada ucapan yang indah
untuknya.
“Sedap..nanti kau masak lagi untuk aku” mau semput
jantung aku. Biar betul si tengkujuh puji masakan aku. Tengkujuh puji aku. Kena
catat dalam diari ni. ‘Hari dalam Sejarah’ si tengkujuh puji aku. Hehe..
“Kalau macam tu Tengku kena selalu sakit la..” dia
ketawa cuba berseloroh. TR turut ketawa. Tangan lelaki itu mengosok kepalanya
yang bertudung. Haila..kebas muka bila TR selamber buat ‘action’ mesra alam.
Dia heran. Lelaki itu sudah pandai ketawa. Baru tumbuh
gigi ke? naa..Zara budak tak tumbuh gigi pun dah tahu ketawa. Asal kena dengan
gigi ni kalau nak ketawa?
“Kau ni kan..suka buat hati aku jadi penasaran”
ngaa…TR guna bahasa sasterawan. TR
senyum padanya. Senyuman lelaki itu Nampak ikhlas. Lelaki itu tampak
lebih kacak dengan senyuman itu.
Berselera TR menikmati bubur nasi itu. Baginya itulah
makanan paling lazat di dunia. Bubur nasi ‘kasih sayang’ buatan Zara.
Setelah habis bubur nasi. Dia menyua gelas air putih
untuk diminum TR dan ubat. Namun lelaki itu tidak menyambutnya. Akhirnya dia
menyua ke mulut lelaki itu. barulah lelaki itu membuka mulut. Dia menyuap ubat
ke dalam mulut lelaki itu dan diteguk air putih sehingga habis. Mengada betul
la tengkujuh ni. Ribut taufan tak ada angin asmaradana pulak melanda. Nak
dimanjai konon!
Selesai semua, zara mengambil mangkuk dan gelas di
atas meja lalu diletak ke dalam dulang
semula. Dia ingin cepat-cepat beredar dari bilik TR. rimas dengan pandang mata
lelaki itu. TR yang dilihatnya melalui kaca mata dan hatinya. Agak pelik.
Lelaki itu menggunakan bahasa yang membuatkan dia tak tidur malam. Haiya..patut
ramai pelajar perempuan ter’kenen’ dengan si tengkujuh ni.
“Hurmm..saya mintak diri dulu ye..” dia bangun kemudian diambilnya dulang berisi mangkuk
kosong dan gelas . belum sempat kakinya melangkah. Lengannya diraih oleh tangan
kasar milik tengkujuh.
“Zara…”
Dia berpaling.
“Boleh tak kau tunaikan permintaan aku..” Mata lelaki
itu seolah merayu. Dia meletak semula dulang. Dia tidak berani menepis tangan
lelaki itu.
“Permintaan?” hoiya..tengkujuh ni ingat aku ni
pari-pari malam ke? datang dalam mimpi budak-budak untuk buat permintaan.
“Tapi sebelum itu, kau kena janji dulu. Janji yang kau
akan tunaikan permintaan aku” serius arahan si tengkujuh berdaulat tu. Namun
padangan lelaki lembut seolah merayu agar dia mengiakan.
“Tapi tengku..saya kena tahu dulu apa permintaan
tengku tu” yelah..dia kena tahu dulu. Buatnya si tengkujuh suruh dia penuhi
permintaan yang tak masud akal macam mana? Tengkujuh ni kan kerabat puteri gunung ledang.
Buatnya nak satu dulang hati nyamuk mana dia nak cari. Mati hidup semula tak
dapat nak penuhi permintaan ‘tak masuk akal itu’
“Tak kira..aku nak kau janji dulu!” TR memaksa.
Pengangan tangannya mengengam erat dipergelangan gadis itu.
Zara cuba menarik tangannya namun ditarik kasar. Nasib
baik dia pakai t-shirt lengan panjang. Pasti merah pergelangan tanganya kalau
diselak sekarang.
Dia mengalah juga akhirnya. Orang sakit semuanya
betul. Semuanya kena turuti. Sakit sitengkujuh ni pun boleh buat orang lain
sakit juga. Contohnya sekarang lengannya sakit dicengkam tangan sasa itu.
“Baikla..saya janji. Tapi sebelum tu, boleh Tengku
lepaskan tangan saya. Sakit!” TR baru tersedar. Dia terlalu ingin memiliki
sesuatu pasti dia akan bertindak agresif. Pantas dilepas pergelangan tangan
itu.
“Sorry..sakit ke?” Tr rasa bersalah. Dilihat Zara
mengosok pergelangan tangannya. Gadis itu mengeleng kepala. Kalau ikutkan hatinya
mahu saja dibelek tangan itu. takut ada kesan. Dia ingin sangat menyentuh gadis
itu. naluri lelari selalu memberontak bila berhadapan gadis itu.
“Ape dia yang Tengku nak saya tunaikan?”
“Sebenarnya..aku
nak kau tunaikan permintaan aku..” dia berhenti. Perlukah dia
memberitahu apa yang bersarat dihatinya.
Perlu..teruskan FAel, kalau tidak kau kan menyesal.
Dia menarik nafas kemudian dilepasnya. Ambil semangat!
“Boleh tak kau janji dengan aku jangan keluar dengan
Luqman?” ngaa..ape kena dengan Luqman denga sakit si tengkujuh ni. Aku ingat
dia nak suruh aku buat bubur nasi kat dia tiap-tiap hari. Tapi ini tak..janji
jangan keluar dengan Luqman?
“Nape? Salah ke saya keluar dengan dia. Lagipun dia
kawan saya.” TR keluar dengan Natasya
boleh. Aku nak keluar dengan lUqman tak boleh.
Macam aku ni bini dia.
“Kau nak aku sakit lagi ke?” suara lelaki itu mula
keras. Rebut taufan nak melanda pulak ke? memang tengkujuh! Ape kena luqman dengan sakit TR?
“Aku akan sakit kalau kau keluar dengan Luqman. Kau
dah janji. Pasti kau tunaikan permintaan aku.” Bulat mata gadis itu
memandanganya. Tak percaya apa ynagn dicakapkan oleh TR.
Ya..dia sakit
sebab Zara. Dia tidak dapat menahan diri. DIa lemah kerana seorang gadis
bernama Zara.
Zara melihat mata TR merah. Mungkin menahan air mata.
Kenapa? Lelaki gagah itu Nampak lemah. Dia tak suka melihat lelaki itu sakit.
Biarpun TR sombong tetapi dia tak mahu lelaki itu jatuh sakit. Biar TR
tengkingnya sekuat hati. Biar TR marahnya. Dia tak mahu melihat wajah putih kemrahan lelaki itu
bertukar pucat dan tak bermaya.
Zara mengangguk lemah. “baiklah..saya janji akan
tunaikan permintaan Tengku. Tapi tolong jangan jatuh sakit lagi”
Dia sedih. Kenapa? Ada perasaan aneh menyelinap ke
lubuk hatinya. Melihat TR ketawa tadi hatinya turut bahagia. Kenapa? Melihat TR
berselera makan tadi hatinya gembira. Kenapa? Adakah TR juga sebahagian dari
hidup seperti mana dia melihat mak yang sakit tersenyum, ketawa hatinya rasa amat
bahagia.
TR tersenyum lalu diraih tangan Zara kedalam gengaman
tangan. Zara tergaman.